
Membeli dan menjual secara online hari ini menjadi satu yang biasa. Namun, dalam menjalankan transaksi ini ada yang cuba mengambil kesempatan atas orang lain. Ada yang menipu dengan hanya mengiklankan produk, kemudian melarikan diri, ada yang menghantar barang yang rosak, dan banyak lagi kes yang telah dilaporkan kepada tribunal pengguna.
Salah satu cara meyakinkan bahawa perniagaan online yang dijalankan adalah berdaftar, mereka akan menyertakan salinan sijil pendaftaran syarikat (ROB) di laman jualan mereka. Dengan itu, pembeli akan berasa lebih yakin untuk membeli dengan penjual tersebut. Sekiranya berlaku masalah, mereka mudah untuk menghubungi penjual.









