≡ Menu

Cara Mudah Tonton Movie Kegemaran di TV

Cara Mudah Tonton Movie Kegemaran di TV

Selari dengan kemajuan pemain video (video player), dari VHS ke VCD, VCD ke DVD dan kini Blu-ray Disc. Namun, Blu-ray Disc (BD) nampak tenggelam kerana harganya yang mahal. Bayangkan satu BD di pasar malam ialah RM25, apatah lagi kalau beli yang asli, mungkin sekitar RM150 bagi satu tajuk.

Kini muncul pula pemain video yang menggunakan storan sepenuhnya, seperti hard disk, pendrive, mahupun memory card. Cara ini lebih mudah dan praktikal kerana video yang dimuat turun dari Internet boleh ditonton secara terus melalui pemain ini.

Sokongan 20 Format Multimedia

Baru-baru ini saya diperkenalkan dengan sebuah pemain multimedia kompak yang dikenali sebagai MKV Player: Full HD HDMI SD/USB Media Player dengan banyak fungsi yang menarik. Antaranya menyokong hampir kesemua format video termasuk MKV/AVI/TS/TP/MP4/M4V/MOV/V0B/PMP/MPG/M2TS/FLV/WMV/RM/RMVB/MPEG1 2 4/DIVX (HD 1080p) / WMV9 VC-1 / H 0,264 SP MP HP/H.263 BP. Pemain kompak ini menyokong penuh High Definition (Full HD 1080) untuk kepuasan tontonan video berdefinisi tinggi.

Pemain ini juga menyokong fail audio berformat MP3, WMA, OGG, AAC, FLAC, APE, AC3, DTS, ATRA. Selain itu, anda juga boleh memainkan gambar berformat JPEG, GIF, PNG, BMP.

Pemasangan

Pemasangannya sangat mudah kerana pengguna boleh menggunakan dua antaramuka, iaitu kabel HDMI atau kabel RCA. Untuk pengalaman menonton Full HD, anda mestilah menggunakan video HDMI, dan kabel RCA untuk tontonan dalam format SD. Panduan pemasangan turut disertakan.

Cara Mudah Tonton Movie Kegemaran di TV

Kenapa Perlu Beli?

Banyak sebab yang perlu saya nyatakan, pertamanya ianya sokong hampir semua format video di dunia. Pemain ini menyokong USB dan kad memori, output HDMI dan RCA, dibekalkan remote control dan bersaiz tapak tangan manusia!

Kalau belum berpuas hati tentang produk terbaik ini, sila layari laman jualan mereka di MKV Player: Full HD HDMI SD/USB Media Player

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3