Baru-baru ini saya terima satu cek ‘Post Dated‘, dan memasukkanya ke dalam akaun CIMB milik saya. Cek ini bertarikh 20 hari bulan tetapi saya sudah masukkan awal pada 10 hari bulan. Pada 15hb saya dapati cek saya sudah dihantar ke alamat rumah bersama dengan ‘cheque image’ dan perlu di deposit semula. Namun sehingga hari ini saya belum menerima cheque image tersebut.
Apa yang mendukacitakan, return ini membuatkan saya dicaj RM 20 untuk urusan penghantaran (RM 10) dan Debit Advice (RM10). Perkara ini akan membuatkan cek tersebut terus lambat ditunaikan.
Sedikit maklumat berkenaan ‘post dated cheque’, cek ini dikeluarkan oleh pengisu dengan meletakkan tarikh akan datang. Pembawa hanya boleh menunaikan cek tersebut pada atau selepas tarikh yang tercatat di atas cek. Biasanya, para peniaga akan menggunakan post dated cheque bagi membolehkan mereka memusing wang di dalam bank.
Pengalaman saya bersama bank lain seperti Maybank, mereka tidak akan return post dated cheque walaupun saya masukkan lebih awal.
Other articles you might like;
baru tahu bro pasal nie..RM20 banyak tu…
Banyak Bro Wan. Dia kata RM10 untuk servis charge. Lagi sepuluh untuk kurier. Adoi.
mmm mmg tak bleh bank in sblm tarikh PD tu, mmg mahal cajnya
Kalau maybank deposit awl blh ke?maybank return balik x cek tu?kne tendang ke cek tu?