Blog

  • Indeks Pencemaran Udara di Muar, Ledang cecah 746 melebihi tahap kecemasan
  • Pejabat kerajaan, swasta, kilang, ladang, kuari, tapak pembinaan dinasihat tutup

    Kuala Lumpur: Muar dan Ledang diisytiharkan daerah Darurat Bencana Jerebu mulai semalam apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500, iaitu pada tahap kecemasan. Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan bacaan IPU di dua kawasan berkenaan mencecah sehingga 746 pada jam 7 pagi semalam dan menurun kepada 690 pada jam 11 pagi dan 507 pada jam 5 petang, tetapi masih pada tahap berbahaya.

  • Bagaimana menjual dan membeli ‘fan page’ Facebook

    Bagaimana menjual dan membeli ‘fan page’ Facebook

    Bagaimana menjual dan membeli 'fan page' Facebook

    Hari ini, semuanya boleh dijualbeli sekiranya anda inovatif atau bijak mengambil peluang. Bidang pemasaran Internet sendiri sangat luas, sehinggakan ‘fan page’ di Facebook boleh didagangkan. Kenapa dan bagaimana?

    Fan page ialah satu aplikasi yang disediakan oleh Facebook untuk membolehkan pengikut sesuatu produk atau perkhidmatan mendapatkan promosi atau berita terkini berkenaan produk yang ditawarkan. Namun, mereka yang inovatif ini menjadikan fan page ini sebagai satu komuniti yang berkongsi cerita dan gambar lawak, ayat motivasi, video mahupun madah cinta. Situasi ini menggambarkan fan page berubah menjadi satu micro blog dan mengabaikan platform blog yang sedia ada.

    (more…)

  • Panduan Tukar Milik Kenderaan Secara Sukarela di JPJ

    Panduan Tukar Milik Kenderaan Secara Sukarela di JPJ

    Panduan Tukar Milik Kenderaan Secara Sukarela di JPJ

    Menukar hakmilik kenderaan di JPJ amatlah mudah sekiranya kita membuat sedikit kajian sebelum ke JPJ. Sekiranya kita terus menyerang JPJ, mungkin anda terpaksa beberapa kali berulang alik ke JPJ yang berkenaan. Bagi yang tidak mempunyai masa, anda boleh sahaja melanggan perkhidmatan yang disediakan oleh MyEG – Sistem Tukar Milik Sukarela dengan bayaran yang minima.

    Tukar Hak Milik Kenderaan dilaksanakan di bawah Seksyen 13 Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana sebarang tukar hak milik kenderaan mesti dimaklumkan kepada Pengarah JPJ Negeri dalam tempoh 7 hari. Saya fokuskan panduan ini kepada Kenderaan Persendirian seperti motorsikal dan kereta. Bagi kenderaan perdagangan, anda boleh rujuk laman web rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, di sini.

    (more…)

  • Tukar! Perbezaan Plan Panggilan, Internet Maxis dan Celcom

    Tukar! Perbezaan Plan Panggilan, Internet Maxis dan Celcom

    Salam. Semalam saya nekad untuk port nombor Celcom ke Maxis dengan melanggan Postpaid Maxis. Walaupun banyak hari dalam dilema, untuk memilih Maxis TalkMore atau Celcom First.

    Maxis TalkMore terdiri daripada beberapa plan seperti TalkMore28, TalkMore48 dan TalkMore78. Beza pada setiap plan ialah jumlah panggilan dan SMS diberikan, termasuk harga panggilan selepas kuota panggilan/SMS habis. Berikut ialah jadual kadar TalkMore28.

    Maxis TalkMore28

    (more…)

  • (VIDEO) Kelantan belasah Da Nang 5-0

    (VIDEO) Kelantan belasah Da Nang 5-0

    www.youtube.com/watch?v=Ia6MX0BR1yc

    (more…)

  • (VIDEO) Liga Super 2013 – Kelantan lawan ATM (2-3)

    (VIDEO) Liga Super 2013 – Kelantan lawan ATM (2-3)

    www.youtube.com/watch?v=T8WVVJkj6cQ

    Kelantan bermula garang apabila membuka jaringan menerusi Indera Putra Mahiyuddin, yang mudah menyepak bola ke gawang yang kosong pada jarak 30 meter pada minit ke-27, berpunca daripada kesilapan antara Md Safwan Hashim dan penjaga gol tuan rumah, Farizal Harun.

    Penyerang import Red Warriors, Keita Mannjou menambah perit ATM apabila menyumbat gol kedua pada minit ke-33.

    (more…)