Kalau bateri telefon pintar Blackberry anda hari ini cuma bertahan setengah hari setiap kali cas, bermaksud anda perlu tukar bateri baru. Cas lebih 6 jam tetapi cuma bertahan untuk setengah hari. Simptom kerap mati dan bateri cepat habis ini kadang-kadang akan membawa kepada kemarahan.
Perkara ini berlaku kepada saya dimana setiap kali sebelum tidur saya akan cas hingga keesokkan pagi. Apabila ke kerja, sebelum malam bateri sudah tinggal 50%. Jadi saya membuat keputusan untuk membeli bateri baru bagi Blackberry Bold saya.
Ada tiga kategori bateri yang ada di pasaran untuk dibeli, pertama Bateri Original Blackberry; Bateri 3rd Party seperti daripada Sun Global dan Bateri Klon.
Sebenarnya ada kekeliruan antara bateri asli keluaran Blackberry dan bateri klon yang dikatakan sebagai asli. Jika anda membeli bateri asli, kotak atau pembungkusan untuk Bateri Original Blackberry adalah seperti di atas dengan seal di bahagian belakang kotak. Sekiranya anda membeli bateri tetapi tidak disertakan dengan pembungkusan seperti gambar di atas maka anda sudah terbeli bateri klon. Harga bagi bateri asli ini ialah RM160.00 setiap satu. Hanya pengedar sah Blackberry iaitu Brightstar yang menjual di pusat servis mereka dan jarang didapati di mana-mana kedai telefon. Jika ada, anda perlu berhati hati agar tidak tertipu.
Bateri 3rd Party pula dikeluarkan oleh syarikat dengan nama mereka, dan disesuaikan dengan telefon tertentu. Jenama yang paling terkenal ialah Sun Global, dimana mengeluarkan semua jenis bateri telefon bimbit dan telefon pintar termasuk iPhone 5 dan Samsung Note 2. Apa yang menarik dengan bateri jenis ini, mereka menambah kapasiti bateri lebih tinggi menjadikan bateri keluaran mereka bertahan lebih lama. Contohnya, bateri Blackberry Bold 3 Sun Global memberi 1850mAh iaitu lebih 850 kapasiti simpanan berbanding bateri original Blackberry. Harga jualan sekitar RM60 – RM 129 bergantung kepada model telefon dan kapasiti bateri.
Bateri klon pula merupakan bateri paling terkenal dan paling banyak dijual di seluruh dunia. Pengeluar menghasilkan bateri berdasarkan bentuk dan kapasiti yang sama seperti bateri asli, menggunakan jenama yang sama dan didatangkan tanpa kotak. Biasanya bateri jenis ini dibungkus sendiri oleh pengedar atau pekedai untuk menampakkan bateri ini sama seperti bateri asli. Pada saya, saya tidak sarankan untuk membeli bateri dari jenis ini kerana kita tidak tahu risikonya. Mungkin tidak bertahan lama atau lebih teruk, boleh merosakkan telefon kerana bateri ini tidak mengandungi cip pintar yang akan berkomunikasi dengan telefon walaupun sudah dicas penuh. Harga jualan lebih murah berbanding kedua jenis bateri di atas.
Jika anda bercadang untuk menukar bateri, sila pilih bateri jenis pertama dan kedua, elakkan yang ketiga.
Other articles you might like;
penting beli yg berkualiti terutama dr segi warrantty jika berlaku apa kemalangan
Betul. Elakkan beli yang clone tu. Kalau meletup, naya saja.
ha’ah betul tu saya skrg kalau beli gadget mmg beli yg ori shj…sbb banyak kes member yang dah meletop sbb beli yang clone
bagus ni.. tapi den tak pakai blackberry
Entri terkini zool: Projek e-Novel – Terhenti Seketika
Apa jenis telefon pintar pun sama. Hehe.
Semakin pintar telefon tu semakin tak pintar pulak bateri dia aku tengok.. Menyusahkan je.
Entri terkini Hazmin Hamudin: Suatu Kejutan Di Hari Lahir
coba baterai Blackberry bisa tahan lama,beli baterai juga harganya lumayan mahal.
Entri terkini luthfi: Kegiatan untuk demensia