≡ Menu

Perbandingan harga barangan Giant dan 99 Speedmart

Salam 1Malaysia. Hari ini bos mengumumkan kerja separuh hari bagi memberi laluan kepada rakan-rakan yang bercadang untuk pulang ke kampung dapat balik lebih awal. Itu mukadimahnya.

Harga Giant dan 99 Speed Mart

Kecoh apabila semua harga barang mulai naik sejak kerajaan mengumumkan harga petrol naik 20 sen beberapa bulan lepas. Setiap industri akan mengalami kenaikkan kerana kos logistik yang semakin meningkat dek kenaikan harga minyak.

Kita sebagai pengguna harus bijak dalam berbelanja, bak kata Pak Menteri. Hari ini saya berkesempatan untuk membuat perbandingan harga di dua buah pasaraya iaitu Giant dan 99 Speedmart. Dalam kes ini, saya membandingkan dua buah kedai yang terletak dalam sebuah kawasan perumahan yang sama. Memandangkan tiada Kedai Runcit 1Malaysia, jadi saya tidak dapat membuat perbandingan harga bagi barang-barang yang dijual di sana.

Saya klasifikasikan perbelanjaan ini adalah sesuai untuk mereka yang bujang sahaja kerana saya tidak membeli keperluan asas seperti beras, gula atau minyak masak. Walaubagaimanapun, perbandingan harga ini boleh dijadikan panduan untuk mendapatkan harga yang lebih baik daripada kedua-dua buah pasaraya ini.

ProdukGiant (RM)99 Speedmart (RM)Perbezaan (RM)
Scotch Brite HD Scouring Sponge 3-in-16.605.201.40
Dynamo Complete 2.8kg19.0015.903.10
Rexona Men Deodeorant 40ML6.004.901.10
Adidas Men Deodorant 50ML10.008.501.50
Adidas Men Deodorant Spray 150ml13.50
Lifebuoy Bodywash Refill 900ML13.00
Lifebuoy Bodywash Refill5.90
Colgate Fresh Cool Mint 250G7.006.900.10
Tea Pot Krimer Manis2.652.550.10
Susu Cap Junjung2.90
Milo Protomalt 400G8.007.500.50
Maggi Mi Segera Perisa Big Kari 5s5.505.000.50
Maggi Mi Segera Perisa Kari 5s3.804.00-0.20
King Cup Sardin Mackerel 425G6.005.600.40
Seri Murni Minyak Masak 1KG3.303.300.00
Buruh Minyak Masak 2KG6.256.250.00
Life Sos Cili 500G2.802.350.45
Ayamas Frankfurter Ayam 340G3.803.550.25
Ramly Burger Ayam5.00
LTK Omega Telur Ayam 10s5.404.201.20
First Choice Telur Ayam 10s3.60
Ayam Brand Kacang Panggang 425G2.90

Berdasarkan jadual di atas, dapat disimpulkan bahawa berbelanja di 99 Speed Mart lebih jimat. Secara kasarnya, saya boleh jimat lebih RM10 sekiranya berbelanja di 99 Speed Mart berbanding Giant. Pilihan terletak di tangan anda. Sekuranya RM10 boleh disimpan atau dibelanjakan untuk makan malam.

Other articles you might like;

3 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3