≡ Menu

Pemuda nyaris maut ditikam

Seorang pemuda berusia 26 tahun nyaris maut selepas ditikam dengan sebilah pisau oleh seorang lelaki yang berang kerana mendakwa isterinya dirogol oleh mangsa berkenaan beberapa bulan lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata dalam kejadian kira-kira 9.45 malam semalam, mangsa cedera di paha kiri dan tapak tangan kirinya selepas ditikam lelaki tersebut, ketika sedang bersembang dengan beberapa rakannya di sebuah kedai burger di Bachok.

“Punca kejadian – suspek mengesyaki mangsa bersama seorang kawannya merogol isteri suspek pada Oktober lalu.

“Bagaimanapun tiada laporan polis dibuat oleh pihak suspek sebelum ini berkaitan kejadian itu.

“Mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata, katanya. – BERNAMA
Via: Pemuda nyaris maut ditikam

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3