Nasi Kandar Zainul PJ

Nasi Kandar Zainul PJ

Kali terakhir makan di sini kira-kira setahun lepas, masa kerja di PJ. Lepas berpindah ke Bukit Jalil, belum pernah lagi merasa Nasi Kandar Zainul ni. Lepas MBPJ buat perubahan jalan kepada jalan sehala, nak mai ke food court PJ pun tak berapa nak pandai.

Rasanya harga masih sama. Favourite di sini ialah nasi putih, sayur taugeh air dan ayam goreng. Ayam goreng pula ada dua saiz, biasa da besar. Kalau ayam goreng besar, memang penuh pinggan.

Apa yang penting, lepas makan Nasi Kandar Zainol ialah cari bantal kerana pasti akan mengantuk.

Rasa kari campurnya tetap maintain, harganya pun rasa tak berubah. RM5.50 untuk ayam goreng kecil dan RM8.00 untuk ayam goreng besar.

Comments

3 responses to “Nasi Kandar Zainul PJ”

  1. islam di dadaku Avatar

    dah dua tahun tak merasakan makan ayam seperti ini bagaimana ya rasanya

  2. titan Avatar

    lapar plak aku petang-petang gini. haha..

  3. imran auff Avatar

    boleh pergi test ni, nampak cam best je…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *