≡ Menu

(VIDEO) Rangkuman Liga Super 2015 6 Mac

Enam perlawanan Liga Super 2015 berlangsung pada 6 Mac. Felda United mula menunjukkan taring apabila mendahului carta liga apabila mengutip satu mata selepas seri tanpa jaringan dengan Lions XII.

ATM yang mengutip mata pertama berjaya mengikat Terengganu walaupun ketinggalan dua gol di Kuala Terengganu. Christie Jayaselan menjadi hero ATM apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74.

Kehebatan PDRM disentap oleh Selangor dengan jaringan besar,  4-1 di Shah Alam. Jurulatih PDRM, Azman Adnan menyifatkan barisan pertahanan PDRM pada perlawanan tersebut sangat mengecewakan selepas membenarkan Selangor membuat jaringan mudah.

Sementara itu JDT mendaki tangga ke-3 liga selepas menewaskan Sarawak di Larkin. Dua gol JDT dijaringkan oleh Safiq Rahim. Sime Darby terus diruntun malang apabila ditewaskan Pahang, dua gol kosong.

JDT……………………..2 SARAWAK……………..1

JDT (Safiq Rahim, m-39, 42)
Sarawak (Billy Mehmet,m-26)

PDRM………………….1 SELANGOR………………4

PDRM (Dramane Traore,m-58)
Selangor (Ahmad Hazwan Bakri,m-23, Afiq Azmi,m-46, Abdul Hadi Yahya,m-74, Guilherme de Paula,m-78)

TERENGGANU……….2 ATM………………………2

Terengganu (Paolo Rangel, m-31(pen), 47)
ATM (Jerry Nelson Palacios,m-67, Christie Jayaselan,m-74)

PAHANG…………………2 SIME DARBY…………….0

Pahang (Zesh Rehman,m-45, R Gopinathan,m-55)

FELDA UTD…………….0 LIONS XII………………0

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • titan March 11, 2015, 6:00 pm

    part selangor tu gua suka.

    menang besar untuk kemenangan pertama.

    ada masa lagi untuk kejar pendahulu liga.

Leave a Comment