≡ Menu

Macbook Emas dengan 5 Ciri Baharu

Macbook Air 2015

Apple melancarkan Macbook Air generasi baharu dengan menekankan aspek rekabentuk dan fungsi.

Papan kekunci telah direka semula, dengan mekanisma baharu berkonsepkan rama-rama. Papan kekunci juga lebih lebar, dan LED didatangkan secara individu.

Touchpad ‘force-sensing’ dengan elektromagnet yang akan bergetar apabila anda menekan atau menyentuhnya.

Jangka hayat bateri dengan 35% lebih panjang apabila hampir 2/3 daripada Macbook adalah bateri.

Macbook baharu ini tidak menggunakan sebarang kipas bergerak, bagi memastikan operasi yang senyap. Apple juga menggunakan hinge daripada aluminium, dan merupakan badan Macbook dengan aluminium sepenuhnya.

Tiada lagi port tradisional, dimana satu port USB Type-C diperkenalkan untuk cas, pemindahan data dan video output.

Dengan ketebalan 13.1 mm dan seberat 2 pound, Macbook didatangkan dengan tiga pilihan warna, perak, hitam dan emas. Belum ada maklumat rasmi berkenaan harga jualan di Malaysia buat masa ini.

Other articles you might like;

7 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3