Pengguna Blogspot.com boleh menggunakan custom domain seperti .com, .net, .org atau .my untuk memudahkan URL blog anda diingati. Selain daripada itu, fungsi ini dapat membina branding untuk produk atau servis yang ditawarkan.
Untuk menggunakan domain .com, anda perlulah mendaftar di mana-mana reseller seperti di Serverfreak. Harga yang ditawarkan untuk setiap domain bermula RM40 hingga RM150. Selepas mendaftar, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah.
1. Log masuk ke Blogger, klik Settings > Basic. Di ruangan Publishing, klik pada Set up a third-party URL for your blog – Point your own registered URL to your blog. Masukkan domain anda, contohnya www.goclickphoto.com.
2. Jika domain anda tidak di-config dengan betul, maka anda perlu ke domain registrar, dan maklumkan kepada Khidmat Pelanggan/Sokongan untuk menukarkan CNAME seperti gambar di bawah. Klik sini jika anda seorang pelanggan Serverfreak.
3. Gambar di bawah menunjukkan DNS Management untuk domain registrar.
4. Selepas 24-36 jam, kembali ke Blogspot > Basic > Settings dan masukkan semua domain baharu anda. Klik Save.
Other articles you might like;
memang bagus panduan ni.
mesti ramai yang cari.
selama lebih bayak yang guna worpress untuk domain berbayar