
Dah lama aku teragak-agak untuk buat satu artikel berkaitan tajuk di atas. MySpace ialah sebuah komuniti sosial interaktif yang di asaskan oleh Tom Anderson pada Julai 2003 merupakan laman web yang ke-5 paling popular dalam bahasa Inggeris. Kebiasaannya, MySpace digunakan untuk mencari sahabat yang dah lama terputus hubungan, mencari kawan baru dan mencari awek. Disebabkan kepopularan MySpace, laman web ini telah dibeli oleh Rupert Murdoch dengan harga US$580 million. (Lanjut..)
Belakangan ini, ramai user MySpace menjadi menyampah dengan spam-spam yang disebarkan ke seluruh rangkaian MySpace dan menjadikan Inbox dan Comment disampahkan dengan iklan-iklan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.




