Dah lama aku teragak-agak untuk buat satu artikel berkaitan tajuk di atas. MySpace ialah sebuah komuniti sosial interaktif yang di asaskan oleh Tom Anderson pada Julai 2003 merupakan laman web yang ke-5 paling popular dalam bahasa Inggeris. Kebiasaannya, MySpace digunakan untuk mencari sahabat yang dah lama terputus hubungan, mencari kawan baru dan mencari awek. Disebabkan kepopularan MySpace, laman web ini telah dibeli oleh Rupert Murdoch dengan harga US$580 million. (Lanjut..)
Belakangan ini, ramai user MySpace menjadi menyampah dengan spam-spam yang disebarkan ke seluruh rangkaian MySpace dan menjadikan Inbox dan Comment disampahkan dengan iklan-iklan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bagaimana ini boleh terjadi dan bagaimana untuk mengatasinya?
1. Bermula dengan proses hacking account, para hacker akan meletakkan code yang akan membawa user ke satu laman web ‘klon myspace’. User akan diminta mengisi username dan password. Tanpa disedari, username dan password MySpace and telah disimpan dalam database hacker.
2. Dengan menggunakan MySpace Bots, si hacker akan melancarkan spam ini ke seluruh rangkaian persahabatan (friends networking) dan semua senarai sahabat akan dihantar dengan meset/comment berbentuk spam oleh si hacker melalui MySpace Bots atau perisian yang sesuai.
3. Sekiranya anda mempunyai 10,000 orang sahabat, kemungkinan 50 hingga 70 peratus senarai rakan anda akan mendapat mesej/komen yang dihantar tanpa pengetahuan anda.
Proses ini dipercayai bermula dengan penggunan template yang mudah diperoleh di seluruh pelosok internet. Tanpa mengetahui apa isi kandungan dalam template tersebut, si user yang tertarik dengan grafik template tersebut menggunakannya. Dari situ, bermulalah penyebaran spam atau MySpace phising ini.
Contoh:
Apabila anda klik link “View More Pics”, anda akan dibawa ke www.myspacev.info dan bukanny viewmorepics.myspace.com. Jika anda sedar, ada satu layer yang teletak di atas page tersebut.
Cara atasi?
Untuk mengatasi masalah ini, hanya beberap langkah yang perlu dilakukan sekiranya anda sedar bahawa MySpace anda didalam bahaya!
1. Clearkan template yang digunakan.
2. Tukar account password & e-mail.
3. Enablekan “Change Account Setting > Privacy Settings > Comments – approve before posting”
Alternatif
Gunakanlah komuniti sosial buatan Malaysia yang dibangunkan untuk rakyat Malaysia. Kenapa mengebat nak berkawan dengan orang putih? Biarlah digelarkan katak dibawah tempurung asalkan adat, resam dan budaya tidak tercemar :)
Other articles you might like;
bguz..bguz..malaysia pun de produk sendri..nie de lg satu produk malaysia..sy xjoin pun..terjumpa ari 2..heee.. http://www.kawanster.com/
thanks bro..good info…bahaya skang…ramai plak tu org yg spam..siot je..
sy ada satu persoalan…
kalau saya punya acc dah kena ambil oleh si hacker, apa yang harus saya lakukan untuk ambil semula acc tersebut…sila beri tunjuk ajar…reply melalui myspace sy di emi_damai91@yahoo.com…