Blog

  • Kertas Dinding Windows XP!?

    Kertas Dinding Windows XP!?

    Di manakah default wallpaper Windows XP ini ditangkap? Idea untuk mengkaji dimanakah lokasi wallpaper ini bermula apabila tidak ada tujuan ketika melayari internet akibat terlalu bosan lalu bermulalah aktiviti mencari tempat ini. Setelah hampir 5 minit membuat kajian, persoalan berjaya dijawab! Tempanya ialah Napa Valley yang terletak di utara San Francisco Bay.

     

     

    1203554001_22faa839ab_o.jpg

     

    1204415668_ed6a873239_o.jpg

     

     

  • Kegilaan Hujan

    Buat yang belum mengenali – Hujan ialah sebuah band yang dianggotai oleh Noh, Dimas, Iy.Ag dan Ambobzeela yang boleh dicapai di myspace rasmi mereka di http://myspace.com/kugiranhujan.

    Antara lagu yang dimainkan oleh band bergenre Indie ini adalah seperti senarai di bawah:

    Hujan – Aku Janji
    Hujan – Bila Aku Sudah Tiada
    Hujan – Kamek Sayang Kitak
    Hujan – Kotak Hati
    Hujan – Ku Mahu Kau Tahu
    Hujan – Luka Mana
    Hujan – Meninggalkan Aku Sendiri
    Hujan – Neon
    Hujan – Papa Mama
    Hujan – Sedih
    Hujan – Selamat Hari Ibu

    Anda berminat untuk mendengar nyanyian daripada band ini? Ringankan tetikus anda untuk mendengarkan lagu daripda album mereka; Hujan Lebat yang bertajuk Aku Skandal aka Meninggalkan Aku Sendiri.

    [audio:http://dermarian.com/file/music_folder/17.mp3]

    Lagi Demo?

    Belum berpuas hati? Dapatkan full album mereka di sini – sumbangan ikhlas daripada lanz@Jiwang.

    Berpuas hati? Dapatkan album original Hujan di setiap pertunjukan mereka di seluruh Malaysia!

  • Contact Details Updated!

    Salam.

    Membuat blogging bagi membuat pengumuman bahawa dengan rasminya anda boleh menghubungi saya di alamat berikut;

    # YM – adam.roslan[at]yahoo[dot]com
    # Mail – adam.roslan[at]gmail[dot]com

    YM ID lama tidak lagi digunakan. Terima kasih.

  • Google AdSense Account Disabled

    Google AdSense Account Disabled

    untitled.jpg

    Nah, akaun Google AdSense yang kedua ni dah di-disable oleh Google. Apakah alasan? Kerana suspected page impression. Ah, ada-ada saja Google ni. Akaun ni pernah menghasilkan cek pertama aku, sebanyak USD113. Akaun ni kali terakhir aku check earning ialah USD 55. Hampir separuh lagi untuk mendapatkan cek kedua. Takpa, berusaha lagi untuk mendapatkan akaun yang lain di masa akan datang.

  • Rezeki dan Ajal

    Kosongkan fikiranmu untuk sesuatu tujuan yang diperintahkan. Janganlah disibukkan fikiranmu tentang sesuatu yang sudah dijamin bagimu kerana rezeki dan ajal itu merupakan pasangan yang telah dijamin. Selagi ajal masih ada maka rezeki pun tetap akan datang.

    Adam dapat quote ni ketika sedang membelek-belek buku yang tersusun rapi di ruang tamu rumah. Buku-buku ini dibeli untuk bacaan keluarga. Walaupun tidak membaca semuanya tapi Adam mampu untuk meluangkan masa untuk membaca buku-buku agama ini. Adam perlukan banyak bacaan seperti ini.

  • Nokia vs Nokla

    Nokia vs Nokla

    Peniruan Tanda Dagangan atau ‘Trade Mark’ amat berleluasa di negara-negara Asia seperti China dan Thailand. Kombinasi 5 huruf N-O-K-I-A turut menjadi bahan ‘ciplak’ oleh Syarikat CECT Telecom, sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit dari negara China yang menggunakan brand N-O-K-L-A untuk menjadi ‘pesaing’ Nokia N95. Sekali imbas pasti anda tidak sangka bahawa telefon yang menyerupai N95 ini adalah hanya ciplak dan tidak mempunyai ciri-ciri Nokia N95.

    Nokla N95

    nokla95.jpg

    Nokia N95

     

    nokia95.jpg

    Selain itu, terdapat juga model-model dan jenama-jenama lain yang diciplak seperti AiFeng VS iPhone, Scny Ericsscn VS Sony Ericsson Z610i, Veptu VS Vertu, Nokta N75 VS Nokia N73, Suny Ericssom VS Sony Ericsson, FUN VS PSP dan Anycall VS Samsung E908.

    So berhati-hatilah bila nak beli handset yer! Sekarang ni bukan takat Zitron & AP Set, China Set pun ada. Sekarang memang gempak bila dengar ada orang nak jual Nokia N95 dengan harga RM700-RM800. Katanya underwater la, kapal selam la, kastam la, last-last China Set. Member aku sendiri dah guna set ni, tapi sekarang dah rosak. Nak claim warranty pun tak boleh. Functionnya tak sama dengan N95 sebab dia gunakan sistem yang lain, bukan Symbian. Kamera agak gempak sebab guna 2.0MP, speaker pun agak kuat sebab speaker yang agak besar dan ada fungsi stylus pen untuk menu navigation, dan bukan untuk writing message. So pesanan untuk anda, jauhilah China Set atau nama lainnya CECT @ Nokla.

    Sumber: CECTCelcom.com, CECTPhones.com, eBay.com & ec21.com