≡ Menu

Nokia vs Nokla

Peniruan Tanda Dagangan atau ‘Trade Mark’ amat berleluasa di negara-negara Asia seperti China dan Thailand. Kombinasi 5 huruf N-O-K-I-A turut menjadi bahan ‘ciplak’ oleh Syarikat CECT Telecom, sebuah syarikat pengeluar telefon bimbit dari negara China yang menggunakan brand N-O-K-L-A untuk menjadi ‘pesaing’ Nokia N95. Sekali imbas pasti anda tidak sangka bahawa telefon yang menyerupai N95 ini adalah hanya ciplak dan tidak mempunyai ciri-ciri Nokia N95.

Nokla N95

nokla95.jpg

Nokia N95

 

nokia95.jpg

Selain itu, terdapat juga model-model dan jenama-jenama lain yang diciplak seperti AiFeng VS iPhone, Scny Ericsscn VS Sony Ericsson Z610i, Veptu VS Vertu, Nokta N75 VS Nokia N73, Suny Ericssom VS Sony Ericsson, FUN VS PSP dan Anycall VS Samsung E908.

So berhati-hatilah bila nak beli handset yer! Sekarang ni bukan takat Zitron & AP Set, China Set pun ada. Sekarang memang gempak bila dengar ada orang nak jual Nokia N95 dengan harga RM700-RM800. Katanya underwater la, kapal selam la, kastam la, last-last China Set. Member aku sendiri dah guna set ni, tapi sekarang dah rosak. Nak claim warranty pun tak boleh. Functionnya tak sama dengan N95 sebab dia gunakan sistem yang lain, bukan Symbian. Kamera agak gempak sebab guna 2.0MP, speaker pun agak kuat sebab speaker yang agak besar dan ada fungsi stylus pen untuk menu navigation, dan bukan untuk writing message. So pesanan untuk anda, jauhilah China Set atau nama lainnya CECT @ Nokla.

Sumber: CECTCelcom.com, CECTPhones.com, eBay.com & ec21.com

Other articles you might like;

3 comments… add one
  • madnilk November 2, 2007, 11:44 pm

    huish bahaya nih… cepat rosak ker? sebab kawan aku pun sorang ader pakai benda nih… itu tak kira mana lagi reramai kat luar sana yang tertipu dgn agent penjual bebas nokla and the ‘geng’.

    nasib baik aku nih peminat setia motorola…. kalau tak gerenti aku salah seorang yang tertipu

  • adam November 3, 2007, 3:26 am

    ahaks. nak kata cepat rosak tu taktau la sebabnya benda ni takda warranty. so, kalau takda warranty ni tak boleh claim warranty le kalau rosak kan?

    aha. tapi yang bestnya ada jugak pda phone yang boleh tgk tv. best siot benda ni. semua siaran tv kat malaysia boleh tgk dimana saja anda berada =)

  • Zain May 19, 2008, 1:31 pm

    Zain pakai nokla n95 tak ada problem pun
    harga murah sejibik nokia n95

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: