Blog

  • Buka Dua Tetingkap Yahoo Messenger

    Salam. Satu posting berbentuk informasi teknologi untuk para pengunjung Adam’s Playground. Kepada pengguna Yahoo! Messenger yang mempunyai lebih daripada satu Yahoo! ID, seperti yang mempunyai ID berbeza untuk tujuan peribadi dan perniagaan, anda boleh mencuba cara ini untuk membolehkan anda membuka dua tetingkap Yahoo! Messenger pada satu-satu masa.

    Tetingkap Yahoo! Messenger

     

    (more…)

  • WordPress 2.5

    Salam.

    WordPress

    Sehingga posting ini ditulis, WordPress telah pun mengeluarkan WordPress versi 2.5 dan Adam’s Playground masih lagi ketinggalan dengan menggunakan WordPress 2.1.3. Sungguh sadis kerana tidak berpeluang untuk mengikuti perkembangan WordPress walaupun kewujudan blog ini hanya sekadar penyeri dunia blogging di Malaysia. Tiada tulisan panas untuk menghentam sesiapa, tapi sekadar pemuas hati sang pemilik blog. Maklumat lanjut, klik WordPress.org.

    Reflector Studio dan Putra Rovers

    Harini, warga Reflector Studio (RS) berkumpul di markas RS di Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur sebagai aktiviti sampingan RS dan Putra Rovers (PR). Antara yang hadir untuk program awal bulan RS ini ialah Aku, Hafiz, Fakhrul Afiq, Nu’,man, Fakhrul Razzi aka Pandir, Amer, Ariff Din, Hazwan aka Mat aka Wan, Mart, Che’ Din dan Saiful Azwan aka Cipun sebagai tuan rumah.

    Program ini diadakan sempena cuti semester untuk warga Kolej Poly-tech MARA (KPTM) dan ‘study week’ kepada warga Universiti Teknologi MARA (UiTM). Insya-Allah lepas ni akan ada banyak aktiviti menarik untuk PR yang akan dianjurkan. Sudah lama tidak turut serta dalam aktiviti berpengakapan ni!

    Reflector Studio

    Dalam usaha menyiapkan projek terbaru Reflector Studio – Portal E-KadKahwin yang hampir siap 100%, ada beberapa client yang menghubungi aku yang berminat untuk menggunakan servis daripada RS bagi membangunkan laman web untuk syarikat mereka. Dan yang terbaru, aku membuat pengiklanan di laman web Mudah.com.my dan mendapat permintaan daripada Institut Teknologi Islam Perlis (ITIPs) untuk membangunkan laman web untuk mereka, namun sehingga kini gagal untuk menghubungi pihak yang berkenaan kerana nombor telefon dan e-mail yang diberikan tidak tepat.

    Aku juga dihubungi oleh seorang ‘freelancer’ lain yang lebih mesra dikenali sebagai Ali Fitri yang berminat untuk menjadikan aku sebagai rakan kongsi dalam projek yang beliau. Nampaknya cuti semester ni akan menjadi lebih sibuk daripada jangkaan termasuk dengan projek-projek yang disenaraikan. Cadangan untuk menaiktaraf Dermarian.com juga akan dilaksana semasa cuti semester nanti kerana sehingga hari ini, user berdaftar sudah mencapai 800!

  • Evolusi : KL Drift

    evolusikldrift_.jpg

    Bagi penggemar filem aksi tanah air, kemunculan filem terbaru arahan pengarah muda Syamsul Yusof, Evolusi : KL Drift pasti merupakan satu yang dinanti-nantikan. Filem aksi terbitan Skop Production dan Grand Brilliance yang menelan belanja sehingga RM 2 juta ini merupakan satu perubahan kepada industri filem tanah air.

    Aku berpeluang untuk menonton filem yang telah mengutip RM 2 juta selepas tiga hari tayangan ini bersama rakan-rakan sekelas; Nur, Azza, Kechik, Fad dan Jazly di GSC Mahkota Parade, Melaka pada Khamis lepas.

    Filem yang berlatarkan aksi drift yang mendebarkan, dua rakan karib, Zack dan Sham yang pada mulanya akrab menjadi renggang rentetan hubungan Sham yang mula rapat dengan Fasha yang juga kekasih Zack. Kehidupan Fasha yang agresif dan turut meminati bidang perlumbaan drift menyebabkan Zack bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha.

    Malah kisah silam Fasha yang pernah terjerumus ke lembah yang mengkhayalkan seringkali menjadi intipati pertengkaran mereka. Tidak mahu kekasih hatinya itu kembali semula ke lembah hitam, Zack dan rakan-rakannya mula menghalang kegiatan penjualan pil khayal di kalangan anak-anak muda yang meminati lumba drift.

    Ketua sindiket itu, Joe dan Karl yang berasa tercabar oleh Zack dan rakan-rakanya mula mencari jalan untuk menewaskan Zack dan rakan-rakannya. Kerana terpaksa, Zack mencabar Joe untuk berlumba drif dan menjadikan kereta kesayangannya sebagai taruhan.

    Minggu ni merupakan minggu terakhir kami sebelum ‘Study Week’ pada minggu hadapan dan kelas-kelas terakhir dan tak banyak kelas yang ada sebabnya silibus dah habis lebih awal dan kami warga DMC2E gunakan masa yang ada ni untuk merancang pelbagai program dan aktiviti untuk menghabiskan masa yang ada. Antaranya ke Jom Heboh di MiTC Ayer Keroh dan Program Kembara Melaka 2008.

    Kami sempat bersama untuk ke Kolam Air Panas Gadek, Melaka sebagai aktiviti terakhir kami untuk semester ini. Terima kasih kepada semua warga DMC2E yang sudi memeriahkan aktiviti yang di’mastermind’kan oleh Kechik. :)

  • Celcom 3G di UiTM Melaka

    Kelajuan Internet ketika melayan Youtube. 3 minggu lagi untuk Final Exam!

  • Letto – Permintaan Hati

    dontmakemesad.jpg Letto’s been putting yet another great album on the market. This Yogyakarta-based band has been very succesful; fandom toward them is not beyond comprehension. Beneath the band’s mix of J-rock and Led Zeppelin lurks Javanese traditional music (gamelan) patterns, according to the Jakarta Post.

    Lirik dan Mp3 Letto Permintaan Hati di bawah…

    (more…)

  • Adam balik Perlis!

    Wah, dah lama tak pulang ke negeri kesayangan. Sempena cuti Maulidul Rasul minggu lepas, Adam berpeluang untuk balik ke Perlis! Seronok tu! Walaupun cuti tak lama, cuma empat hari tapi tu bukan penghalang! Thanks Azza kerana sudi tolong belikan tiket bas Melaka -> Alor Setar. Thanks jugak kat Fakhrul aka Viere sebab sudi jemput kami di Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar.

    Khamis, 20 Mac

    Ketibaan Adam dan Hafiz di balai ketibaan Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar. Setibanya di Kangar, kami bertiga terus bersiap-siap untuk menziarahi ayah Zulaikha atau Ika yang telah kembali ke Rahmatullah petang senja semalam. Al-fatihah untuk arwah dan keluarga. Semoga Ika akan terus bersemangat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Aktiviti kami berakhir di situ, dan pada petangnya Adam ke Kuala Perlis untuk menghirup udara segar di sana disamping melepaskan kerinduan kepada Kuala Perlis.

    Jumaat, 21 Mac

    Hari Jumaat dimulakan dengan menyelesaikan urusan pembayaran bil dan utiliti. Banyak perkara yang diselesaikan untuk meringankan beban Umi. Tiada aktivti menarik sepanjang hari Jumaat dan banyak masa dihabiskan di rumah. Percubaan untuk menukarkan status akaun Maybank daripada Im-Teen kepada akaun Dewasa dan Maybank Visa Debit Card tidak berjaya! Tak apa, cuba di Melaka nanti! Macam biasa, sebelah petangnya meronda sekitar bandar Kangar. Pada malamnya, keluar makan bersama Shakaff, Shino, Epih, Fakhrul, dan Khalil.

    Sabtu, 22 Mac

    Ura-ura mengatakan bahawa tiket ke Melaka habis membuatkan kami panik! Memang benar, semua tiket ke Melaka  sudah habis. Tapi nasib menyebelahi kami, kami berjaya mendapatkan 2 keping tiket ke Melaka walaupun terpaksa menempuhi beberapa halangan. Oh ya! cek daripada Nuffnang bernilai RM54.95 telahpun berjaya di cashkan! Kad Rakan Muda yang dipohon juga sudah tiba! Anda belum memohon? Cepatlah memohon!

     Ahad, 23 Mac

    Hari terakhir di Perlis. Tolong Umi dan adik-adik kemaskan rumah. Pada sebelah petangnya bersama geng Putra Rovers ke Kuala Perlis menikmati “sunset” dan Tom Yam Special yang telah lama di idam-idamkan!