≡ Menu

Evolusi : KL Drift

evolusikldrift_.jpg

Bagi penggemar filem aksi tanah air, kemunculan filem terbaru arahan pengarah muda Syamsul Yusof, Evolusi : KL Drift pasti merupakan satu yang dinanti-nantikan. Filem aksi terbitan Skop Production dan Grand Brilliance yang menelan belanja sehingga RM 2 juta ini merupakan satu perubahan kepada industri filem tanah air.

Aku berpeluang untuk menonton filem yang telah mengutip RM 2 juta selepas tiga hari tayangan ini bersama rakan-rakan sekelas; Nur, Azza, Kechik, Fad dan Jazly di GSC Mahkota Parade, Melaka pada Khamis lepas.

Filem yang berlatarkan aksi drift yang mendebarkan, dua rakan karib, Zack dan Sham yang pada mulanya akrab menjadi renggang rentetan hubungan Sham yang mula rapat dengan Fasha yang juga kekasih Zack. Kehidupan Fasha yang agresif dan turut meminati bidang perlumbaan drift menyebabkan Zack bersikap protektif terhadap pergaulan Fasha.

Malah kisah silam Fasha yang pernah terjerumus ke lembah yang mengkhayalkan seringkali menjadi intipati pertengkaran mereka. Tidak mahu kekasih hatinya itu kembali semula ke lembah hitam, Zack dan rakan-rakannya mula menghalang kegiatan penjualan pil khayal di kalangan anak-anak muda yang meminati lumba drift.

Ketua sindiket itu, Joe dan Karl yang berasa tercabar oleh Zack dan rakan-rakanya mula mencari jalan untuk menewaskan Zack dan rakan-rakannya. Kerana terpaksa, Zack mencabar Joe untuk berlumba drif dan menjadikan kereta kesayangannya sebagai taruhan.

Minggu ni merupakan minggu terakhir kami sebelum ‘Study Week’ pada minggu hadapan dan kelas-kelas terakhir dan tak banyak kelas yang ada sebabnya silibus dah habis lebih awal dan kami warga DMC2E gunakan masa yang ada ni untuk merancang pelbagai program dan aktiviti untuk menghabiskan masa yang ada. Antaranya ke Jom Heboh di MiTC Ayer Keroh dan Program Kembara Melaka 2008.

Kami sempat bersama untuk ke Kolam Air Panas Gadek, Melaka sebagai aktiviti terakhir kami untuk semester ini. Terima kasih kepada semua warga DMC2E yang sudi memeriahkan aktiviti yang di’mastermind’kan oleh Kechik. :)

Other articles you might like;

4 comments… add one
  • Wan April 14, 2008, 5:33 pm

    Hamboii… nak exam nih sempat layan movie yek..
    anyway… update link aku yg baru nih yer..
    malas dah nak ber wordpress… huhuhuh…

  • amer April 21, 2008, 5:17 pm

    haha.crita nie xbest pon.
    aku bkn joe la.
    taiko maa.

  • man April 24, 2008, 8:09 pm

    gua ingat dia xda sayang dia punya muka(dialog joe)

  • syazwan May 21, 2008, 7:47 pm

    boleh tahan filem ni,tapi part last tu nangis pulak.malu.we…………………………..

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: