Blog

  • Love is a Trick

    Love comes in a tricky way…
    Sometimes we think that we are in love, not knowing we are just friends…
    But sometimes, we stick too much to friendship that we forget that we are really in love…

  • DFX Audio Enhancer v8.403

    DFX Audio Enhancer v8.403

    DFX Audio Enhancer v8.403

    Give your digital music files more vibrancy with DFX® Audio Enhancer! DFX enhances your music listening experience by improving the sound quality of MP3, Windows Media, Internet radio and other music files. With DFX you can transform the sound of your PC into that of an expensive stereo system placed in a perfectly designed listening environment. Renew stereo depth, boost your audio levels and produce a deep, rich bass sound.

    (more…)

  • Canon Laser Printer

    Salam.

    Kerana tidak dapat melelapkan mata, aku mengambil keputusan untuk berlayar di Internet untuk mencari serba sedikit maklumat tentang Canon Laser Printer. Alhamdulillah, akhirnya laman web rasmi Canon Malaysia telah menjadi pelabuhan yang menarik yang menempatkan banyak maklumat tentang apa yang dicari selama ini tentang color laser printer.

    Cadangan warga P2203 untuk memiliki sebuah color laser printer hampir hampir menjadi kenyataan kerana semua ahli kabinet bersetuju untuk menggantikan perkhidmatan Canon IP1800 dengan color laser printer yang baru. Canon IP1800 telah memberi persembahan yang amat memberansangkan sepanjang – Pusat Percetakan Layang Layang Terputus Talinya ditubuhkan dengan menjadi salah satu pusat cetakan yang terkenal di Kolej Putra Lekiu. Dengan kadar cetakan 20 sen per helai, Pusat Percetakan ini telah berjaya membantu dana P2203 untuk membeli barangan dapur dan membayar sewa Celcom Broadband.

    Canon IP1800 yang dilengkapi dengan Continous Ink System (CIS) mampu untuk menghasilkan cetakan yang menarik seperti yang dicanang pihak Canon. Penggunaan CIS sama sekali telah mengurangkan modal pengurusan kerana 120ml setiap warna hanyalah RM30.00 sebotol berbanding 24ml berharga RM68 bagi katrij asli. Berikut adalah sedikit kira-kira yang kami peroleh daripada setiap 1 botol ink.

    1 botol = 2 ream A4
    2 ream A4 = 1,000 helai
    1,000 helai x RM 0.20 = RM 200

    * Cincai kira, RM200 – RM 50 (modal ink dan kertas) = RM 150.
    Wah! Pada semester ini kami berjaya menghabiskan 6 ream, bermakna untung kasar kami ialah RM450. Tapi kemana duit ini pergi? Mungkin kami perlu memperkemaskan sistem dengan melantik akauntan :)

    lbp5000.jpg

    Berbalik kepada Canon Color Laser Printer — kami perlu membuat perhitungan yang lebih kompleks bagi memastikan setiap hasil cetakan akan memulangkan modal kepada kami kerana walaupun laser adalah menjimatkan, tetapi adalah perit kepada kami untuk mendapatkan stok toner yang berharga sehingga RM300 bagi setiap warna dimana printer tersebut memerlukan 4 toner termasuk warna hitam. Kami amat berkenan dengan LaserShot LBP5000 yang berharga RM1499.00 di pasaran. Tetapi, harga toner amatlah mendukacitakan.Kenapa laser? Kami dapat rasakan bahawa bermula daripada semester depan kami akan menggunakan cetakan warna yang lebih banyak dan kami perlukan cetakan berkualiti daripada ink jet. Kami juga yakin bahawa pasaran akan lebih terbuka luas kerana semua pelajar Mass Comm akan menggunakan perkhidmatan kami yang satu-satunya menawarkan perkhidmatan jenis ini — sekiranya terjadi.

  • Selamat Kembali!

    Selamat Kembali!

    makan.jpg

    Keterangan gambar: Fad, Jazly, Azza, Farah, Nur, Kechik, Yus, Shie, Adam (tiada dalam gambar)

    Selamat kembali! Tiada kandungan menarik untuk posting kali ini — hanya sekadar untuk memeriahkan dan menambah koleksi ‘craps’ posting. Gambar diatas adalah gambar candid semasa beberapa warga DMC2E bersantai, makan-makan dan melepak di cafe menggunakan phone baru Fad, Sony Ericsson K800. Tahniah Fad, anda berjaya menukarkan phone anda kepada phone 3G!

    Selamat menempuh peperiksaan akhir semester kepada semua, warga DMC2E khasnya!

  • Amer’s Network

    Amer’s Network

    amernetwork.jpg

    Saudara Amer telah memulakan Ameralainaa’s Network sebagai sebagai sebuah blog peribadi yang akan memuatkan banyak kisah menarik kehidupan seorang remaja dalam mencari erti sebenar kehidupan.

    Blog yang ditaja oleh saudara Viere ini telah menambah satu lagi rangkaian Viere’s Network yang sebelum ini telah banyak menawarkan hosting percuma untuk blogger. Kepada sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saudara Viere di laman web beliau.