Wah, dah lama tak pulang ke negeri kesayangan. Sempena cuti Maulidul Rasul minggu lepas, Adam berpeluang untuk balik ke Perlis! Seronok tu! Walaupun cuti tak lama, cuma empat hari tapi tu bukan penghalang! Thanks Azza kerana sudi tolong belikan tiket bas Melaka -> Alor Setar. Thanks jugak kat Fakhrul aka Viere sebab sudi jemput kami di Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar.
Khamis, 20 Mac
Ketibaan Adam dan Hafiz di balai ketibaan Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar. Setibanya di Kangar, kami bertiga terus bersiap-siap untuk menziarahi ayah Zulaikha atau Ika yang telah kembali ke Rahmatullah petang senja semalam. Al-fatihah untuk arwah dan keluarga. Semoga Ika akan terus bersemangat untuk meneruskan kehidupan di dunia ini. Aktiviti kami berakhir di situ, dan pada petangnya Adam ke Kuala Perlis untuk menghirup udara segar di sana disamping melepaskan kerinduan kepada Kuala Perlis.
Jumaat, 21 Mac
Hari Jumaat dimulakan dengan menyelesaikan urusan pembayaran bil dan utiliti. Banyak perkara yang diselesaikan untuk meringankan beban Umi. Tiada aktivti menarik sepanjang hari Jumaat dan banyak masa dihabiskan di rumah. Percubaan untuk menukarkan status akaun Maybank daripada Im-Teen kepada akaun Dewasa dan Maybank Visa Debit Card tidak berjaya! Tak apa, cuba di Melaka nanti! Macam biasa, sebelah petangnya meronda sekitar bandar Kangar. Pada malamnya, keluar makan bersama Shakaff, Shino, Epih, Fakhrul, dan Khalil.
Sabtu, 22 Mac
Ura-ura mengatakan bahawa tiket ke Melaka habis membuatkan kami panik! Memang benar, semua tiket ke Melaka sudah habis. Tapi nasib menyebelahi kami, kami berjaya mendapatkan 2 keping tiket ke Melaka walaupun terpaksa menempuhi beberapa halangan. Oh ya! cek daripada Nuffnang bernilai RM54.95 telahpun berjaya di cashkan! Kad Rakan Muda yang dipohon juga sudah tiba! Anda belum memohon? Cepatlah memohon!
 Ahad, 23 Mac
Hari terakhir di Perlis. Tolong Umi dan adik-adik kemaskan rumah. Pada sebelah petangnya bersama geng Putra Rovers ke Kuala Perlis menikmati “sunset” dan Tom Yam Special yang telah lama di idam-idamkan!
Other articles you might like;