≡ Menu

WordPress 2.5

Salam.

WordPress

Sehingga posting ini ditulis, WordPress telah pun mengeluarkan WordPress versi 2.5 dan Adam’s Playground masih lagi ketinggalan dengan menggunakan WordPress 2.1.3. Sungguh sadis kerana tidak berpeluang untuk mengikuti perkembangan WordPress walaupun kewujudan blog ini hanya sekadar penyeri dunia blogging di Malaysia. Tiada tulisan panas untuk menghentam sesiapa, tapi sekadar pemuas hati sang pemilik blog. Maklumat lanjut, klik WordPress.org.

Reflector Studio dan Putra Rovers

Harini, warga Reflector Studio (RS) berkumpul di markas RS di Taman Cheras Indah, Kuala Lumpur sebagai aktiviti sampingan RS dan Putra Rovers (PR). Antara yang hadir untuk program awal bulan RS ini ialah Aku, Hafiz, Fakhrul Afiq, Nu’,man, Fakhrul Razzi aka Pandir, Amer, Ariff Din, Hazwan aka Mat aka Wan, Mart, Che’ Din dan Saiful Azwan aka Cipun sebagai tuan rumah.

Program ini diadakan sempena cuti semester untuk warga Kolej Poly-tech MARA (KPTM) dan ‘study week’ kepada warga Universiti Teknologi MARA (UiTM). Insya-Allah lepas ni akan ada banyak aktiviti menarik untuk PR yang akan dianjurkan. Sudah lama tidak turut serta dalam aktiviti berpengakapan ni!

Reflector Studio

Dalam usaha menyiapkan projek terbaru Reflector Studio – Portal E-KadKahwin yang hampir siap 100%, ada beberapa client yang menghubungi aku yang berminat untuk menggunakan servis daripada RS bagi membangunkan laman web untuk syarikat mereka. Dan yang terbaru, aku membuat pengiklanan di laman web Mudah.com.my dan mendapat permintaan daripada Institut Teknologi Islam Perlis (ITIPs) untuk membangunkan laman web untuk mereka, namun sehingga kini gagal untuk menghubungi pihak yang berkenaan kerana nombor telefon dan e-mail yang diberikan tidak tepat.

Aku juga dihubungi oleh seorang ‘freelancer’ lain yang lebih mesra dikenali sebagai Ali Fitri yang berminat untuk menjadikan aku sebagai rakan kongsi dalam projek yang beliau. Nampaknya cuti semester ni akan menjadi lebih sibuk daripada jangkaan termasuk dengan projek-projek yang disenaraikan. Cadangan untuk menaiktaraf Dermarian.com juga akan dilaksana semasa cuti semester nanti kerana sehingga hari ini, user berdaftar sudah mencapai 800!

Other articles you might like;

1 comment… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3