“I chose to love you in silence, for in silence I find no rejection.
I chose to love you in your loneliness, for in your loneliness no one owns you, but me.”
Cukup untuk segala-galanya. Mulakan hidup baru. Terima kasih.
“I chose to love you in silence, for in silence I find no rejection.
I chose to love you in your loneliness, for in your loneliness no one owns you, but me.”
Cukup untuk segala-galanya. Mulakan hidup baru. Terima kasih.
Assalamualaikum.
Hari ini cukup pantas berlalu. Hari ini Blok Lekiu bersama PALAPES UiTM Melaka telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Nur Ramadhan 2008. Warga Blok Lekiu bersama bergotong royong mengacau dodol untuk edaran ke seluruh kolej di sini.
Majlis yang bermula pada jam 9 pagi ini dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Dr. Mizan bin Hitam. Lebih kurang 10 kawah dodol disediakan untuk edaran yang disertai oleh pelatih Palapes dan penghuni Blok Lekiu yang berakhir sekitar jam 4 petang. Adam menghadirkan diri untuk majlis tersebut pada sebelah petangnya untuk mengacau dodol (“mengucai dodoi” sekiranya anda orang utara) dan membuat persiapan untuk majlis berbuka puasa.
Assalamualaikum WBT.
Dalam posting sebelum ni tentang kehendak untuk mendapatkan beberapa barang dalam “wishlist” telah mendapat perhatian daripada saudara Fakhrul yang telah membuat balasan tentang niat Adam untuk memiliki semua yang tersenarai dalam “wishlist” Adam dengan peruntukan sebanyak RM 5000 kecuali sebuah kereta yang tidak mampu dimiliki dengan peruntukan tersebut.
Sebenarnya, Adam telah menyertai sebuah perniagaan dengan saudara Fakhrul baru-baru ini. Adam telah menjadi sleeping partner kepada saudara Fakhrul. Walaupun baru memulakan perniagaan ini tapi Alhamdulillah perniagaan kami telah mendapat pulangan yang agak sedap mata memandang. Selepas mendapat semula modal, untung kami berganda dan mungkin ini adalah rezeki Ramadhan.
Sekadar lagu untuk menghiburkan hati yang sedang berduka lara. Dengarkan Arrow – Sendu di Hatimu Rindu di Hatiku.
Takdir yang menentukan
Pertemuan yang tak disangka
Takdir jua yang menentukan perpisahan
Di talian cinta ini
Terjalin ikatan mesra
Walau hanya seketika
Bagiku sungguh bermakna
Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hatiku ini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu di hati
(Korus)
Setiap malam
Kutunggu panggilanmu
Resah hatiku menanti
Walaupun sehari takku dengar suaramu
Hati rindu…
Kuterasa dunia ini bagai terhenti
Aku tahu kau rindukan aku
Belaian kasih mesra untukmu
Tak sempat lagi kita bersua bermesra
Engkau telah pergi jauh
Terlerai genggaman mawar dari tanganku
Masih terkenang lagi
Kepadamu insan misteri
Yang sudi bertamu di hati
Tersentuh hati kuini
Rasa ingin bersamamu
Menyapu si airmata
Menghilangkan rasa sendu dihati
Assalamualaikum WBT.
Alhamdulillah Adam masih berkesempatan untuk membuat coretan kat sini. Dah lama tak berkesempatan untuk update walaupun banyak perkara menarik berlaku sepanjang awal bulan ini. Sebenarnya yang menjadi masalah ialah ketiadaan connection Internet yang telah dipotong akibat kelewatan membayar bil. Pengajaran – lain kali percepatkan pembayaran bil untuk mengelakkan talian dipotong.
Antara perkara yang menarik ialah Majlis Berbuka Puasa Wing 2 Level 2 Lekiu yang diadakan di sekitar Melaka baru-baru ini. Selain daripada itu, Majlis Berbuka Puasa Reflector Studio Wilayah Tengah – yang disertai oleh RS Melaka, RS KL dan RS Perak. Alhamdulillah, walaupun sibuk tetapi masing-masing dapat meluangkan masa untuk menyertai majlis yang diadakan. Walaupun ringkas, namun masing-masing gembira kerana dapat meluangkan masa bersama. InsyaAllah kalau ada kesempatan, akan ada follow-up post untuk kedua-dua aktiviti tersebut.
Adam perlukan laptop baru. Juga handphone baru. Juga telefoto lens atau speedlight. Juga footrest untuk RH5775. Juga mungkin sebuah kereta untuk pulang berhari raya. Banyak dalam fikiran. Perlukan duit dan masa untuk berfikir. Hahaha.
Assalamualaikum.
Sebelum terlewat dikesempatan ini Adam sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini kan lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Dengan niat dan usaha untuk melipatgandakan ibadat kepada Allah SWT, Adam akan meneruskan ibadat puasa ini di Melaka dengan rakan-rakan seperjuangan.
Awal Ramadhan Adam pada tahun ini agak berbeza kerana Adam tidak berpuasa bersama keluarga di Perlis dan tidak juga bersendirian di Melaka kerana Adam bersama Azza dan keluarganya di Klang. Selepas bersama rakan-rakan ke Ulu Bendul pada hari Sabtu, Ahadnya Adam bergerak bersama RH5775 ke Klang. Pengalaman ke Klang adalah sesuatu yang baru kerana sebelum ini seumur hidup Adam sama sekali tidak pernah sampai ke sana.