Assalamualaikum WBT.
Dalam posting sebelum ni tentang kehendak untuk mendapatkan beberapa barang dalam “wishlist” telah mendapat perhatian daripada saudara Fakhrul yang telah membuat balasan tentang niat Adam untuk memiliki semua yang tersenarai dalam “wishlist” Adam dengan peruntukan sebanyak RM 5000 kecuali sebuah kereta yang tidak mampu dimiliki dengan peruntukan tersebut.
Sebenarnya, Adam telah menyertai sebuah perniagaan dengan saudara Fakhrul baru-baru ini. Adam telah menjadi sleeping partner kepada saudara Fakhrul. Walaupun baru memulakan perniagaan ini tapi Alhamdulillah perniagaan kami telah mendapat pulangan yang agak sedap mata memandang. Selepas mendapat semula modal, untung kami berganda dan mungkin ini adalah rezeki Ramadhan.
Nampaknya angan-angan Adam dalam “wishlist” akan sedikit termakbul dengan wang yang diperoleh hasil perniagaan ini. Angan-angan Adam bukanlah sehebat saudara Fakhrul yang inginkan sebuah Honda Civic Type R, tapi hanya sekadar gajet-gajet elektronik yang ala kadar sahaja. Fakhrul sebagai seorang mastermind dalam perniagaan ini sudah pasti dengan mudah untuk mencapai matlamatnya selewat-lewatnya awal tahun hadapan. InsyaAllah, akan ada RJ1618 berlegar di sekitar Kangar suatu masa nanti, InsyaAllah.
Pagi tadi, Fakhrul ada menghantar SMS untuk mengajak Adam menyumbang sejumlah wang untuk Majlis Bersahur Yayasan Pembangunan Nur Hiikmah bersama-sama anak-anak yatim. Dengan niat untuk membuat amal kebajikan pada bukan Ramadhan, Adam dan Fakhrul bersepakat untuk menjadi penyumbang atas nama Reflector Studio untuk majlis tersebut. Kata Fakhrul, ini adalah salah satu cara kami di Reflector Studio untuk berbakti dan beramal di bulan Ramadhan ini. Maklumat lanjut tentang majlis tersebut atau Yayasan Pembangunan Nur Hikmah boleh dilayari di www.nurhikmah.org.my. Duit yang disumbangkan adalah daripada hasil awal perniagaan kami ini.
Jika bercakap tentang DMC3E, tiada apa perkembangan menarik selain daripada Majlis Berbuka Puasa DMC3E bersama Sir Afiq dan Miss Faridahanim yang akan diadakan pada 20 September 2008. Dijangka seramai 20 orang pelajar DMC3E akan menghadiri majlis tersebut.
Motif entri ini? Mungkin mahu bercakap tentang harapan Adam dalam memenuhi “wishlist” disamping mengharapkan sesuatu yang luar biasa di bulan Ramadhan ini. Adam masih menanti duit Google AdSense RM 300 yang belum di cash in ke dalam akaun dan Nuffnang RM 133 yang belum di cash out juga. InsyaAllah dengan duit ini Adam boleh dapatkan apa yang Adam idamkan selama ini. Pada pendapat anda, apakah benda pertama yang perlu Adam beli? Cadangan yang pertama ialah mendapatkan sebuah laptop untuk menggantikan laptop sediada yang sudah terbakar disamping menabung. Menurut kata Penasihat, “Kalau nak buat apa-apa kerja pun, biaq ada simpanan dalam bank takut nanti kalau jadi masalah kewangan boleh cover dengan duit tu”. Benar.
Other articles you might like;
Semoga bertambah rezeki lagi selepas ini :-)
Semoga menjadi spt apa yg di plan
Type R tu hanya selingan untuk kereta diminati sahaja.
Ahaks..