≡ Menu

Posting Pantas 01/09

Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah Adam masih berkesempatan untuk membuat coretan kat sini. Dah lama tak berkesempatan untuk update walaupun banyak perkara menarik berlaku sepanjang awal bulan ini. Sebenarnya yang menjadi masalah ialah ketiadaan connection Internet yang telah dipotong akibat kelewatan membayar bil. Pengajaran – lain kali percepatkan pembayaran bil untuk mengelakkan talian dipotong.

Antara perkara yang menarik ialah Majlis Berbuka Puasa Wing 2 Level 2 Lekiu yang diadakan di sekitar Melaka baru-baru ini. Selain daripada itu,  Majlis Berbuka Puasa Reflector Studio Wilayah Tengah – yang disertai oleh RS Melaka, RS KL dan RS Perak. Alhamdulillah, walaupun sibuk tetapi masing-masing dapat meluangkan masa untuk menyertai majlis yang diadakan. Walaupun ringkas, namun masing-masing gembira kerana dapat meluangkan masa bersama. InsyaAllah kalau ada kesempatan, akan ada follow-up post untuk kedua-dua aktiviti tersebut.

Adam perlukan laptop baru. Juga handphone baru. Juga telefoto lens atau speedlight. Juga footrest untuk RH5775. Juga mungkin sebuah kereta untuk pulang berhari raya. Banyak dalam fikiran. Perlukan duit dan masa untuk berfikir. Hahaha.

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • Viere September 17, 2008, 7:59 pm

    5k cukup utk semua tu kecuali kereta?

  • Adam September 19, 2008, 2:36 am

    Ahaks, mungkin kena buat calculation yang lebih sempurna untuk ‘wishlist’ tu. Perancangan kena tepat, dan yang paling penting kena ada duit bon dalam bank :D

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3