≡ Menu

Majlis Berbuka Puasa DMC3E 2008

Assalamualaikum.

Hari ini cukup pantas berlalu. Hari ini Blok Lekiu bersama PALAPES UiTM Melaka telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Nur Ramadhan 2008. Warga Blok Lekiu bersama bergotong royong mengacau dodol untuk edaran ke seluruh kolej di sini.

Majlis yang bermula pada jam 9 pagi ini dirasmikan oleh Pengarah Kampus, Dr. Mizan bin Hitam. Lebih kurang 10 kawah dodol disediakan untuk edaran yang disertai oleh pelatih Palapes dan penghuni Blok Lekiu yang berakhir sekitar jam 4 petang. Adam menghadirkan diri untuk majlis tersebut pada sebelah petangnya untuk mengacau dodol (“mengucai dodoi” sekiranya anda orang utara) dan membuat persiapan untuk majlis berbuka puasa.

Pada sebelah petangnya, Adam telah melarikan diri daripada menghadiri majlis tersebut dan menyertai warga DMC3E yang mengadakan majlis berbuka puasanya di Restoran Irfan Tomyam di Bachang. Majlis ini disertai oleh semua warga DMC3E kecuali beberapa nama yang mempunyai urusan lain. Majlis ini turut diserikan dengan penyertaan bersama Sir Afiq, Miss Faridahanim dan Miss Zuliana sebagai tetamu undangan.

Aktiviti pertama kami ialah berbuka bersama-sama. Menu berbuka pada hari ini ialah nasi putih, ikan siakap 3 rasa, kailan masin, daging masak merah, telur dadar dan tomyam seafood. Masing-masing terasa kepuasannya selepas berbuka.

Kemudian kami ke Dataran Pahlawan untuk memenuhi masa terluang dengan aktiviti window shopping. Adam terbekenan kepada satu jam tangan Seiko. Mungkin menjadi idaman. :) Kemudian kami bergerak pulang. Semasa dalam perjalanan pulang kami singgah ke Restoran Nasi Kandar Pinang Besar untuk aktiviti makan supper. Kira-kira jam 1 pagi kami bertolak pulang ke Lendu. Terima kasih Sir Afiq, Miss Anem dan Miss Zuliana yang sudi menyertai ajakan kami :)

Terima kasih daun keladi, tahun depan kita buat lagi…

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • karm July 8, 2009, 11:38 am

    puasa tahun nie buat x?? nak mkn lg.

    • Adam July 9, 2009, 7:26 pm

      Boleh. Nanti kita buat lagi orite. Meriah gitu.

Leave a Comment

Next post:

Previous post: