≡ Menu

Salam Ramadhan

Assalamualaikum.

Sebelum terlewat dikesempatan ini Adam sekali lagi mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan kali ini kan lebih baik daripada Ramadhan yang lepas. Dengan niat dan usaha untuk melipatgandakan ibadat kepada Allah SWT, Adam akan meneruskan ibadat puasa ini di Melaka dengan rakan-rakan seperjuangan.

Awal Ramadhan Adam pada tahun ini agak berbeza kerana Adam tidak berpuasa bersama keluarga di Perlis dan tidak juga bersendirian di Melaka kerana Adam bersama Azza dan keluarganya di Klang. Selepas bersama rakan-rakan ke Ulu Bendul pada hari Sabtu, Ahadnya Adam bergerak bersama RH5775 ke Klang. Pengalaman ke Klang adalah sesuatu yang baru kerana sebelum ini seumur hidup Adam sama sekali tidak pernah sampai ke sana.

Perjalanan selama 2 jam di atas Lebuh Raya Utara Selatan dan melalui KESAS Highway telah membawa Adam sampai ke Taman Seri Andalas Klang. Ketibaan Adam di Klang disambut ceria oleh keluarga Azza yang juga bersama Nur yang turut berada bersama Azza. Uncle Aziz, bapa kepada Azza telah mengadakan makan malam bersama keluarga dan saudara mara pada sebelah malamnya.

Selepas makan malam, Adam bersama Azza dan Nur berbincang tentang tugasan yang masih belum dihantar bagi mengisi masa lapang kemudian ke Jusco Bukit Tinggi untuk mengaplikasikan teknik Slow Shutter — Trail Motion di sana. Pengajaran yang ringkas telah membuatkan Azza dan Nur faham tentang penggunaan shutter dan apperture yang sesuai. Setelah selesai, kami ke Restoran Kayu untuk supper — roti canai dan teh tarik.

Hari pertama berpuasa — 1 Ramadhan 1429H bersamaan 1 September 2008 — Adam bersahur bersama keluarga Azza. Hari siang kami bermula selepas jam 12 tengah hari kerana masa dihabiskan dengan meng-cover masa tidur kami yang tidak cukup. Adam pula tidak tidur sehingga sahur kerana terpaksa menghabiskan beberapa tugasan yang belum diselesaikan berkaitan projek Reflector Studio yang sedang berlangsung.

Kami ke rumah Bashira aka Shie dengan tujuan untuk menziarah dan menjemputnya bersama kami untuk mengaplikasikan teknik fotografi di beberapa lokasi pilihan. Lebih kurang jam 5 petang kami bergerak ke Jusco Bukit Tinggi kerana Azza ingin membelikan Ibunya sepasang kasut sempena hadiah Hari Ibu. Sekitar jam 6 petang kami bergerak pulang untuk berbuka.

Menu berbuka pada hari ini ialah nasi berlauk keli pedas + air tembikai susu. Terima kasih atas layanan keluarga Uncle Aziz yang sungguh mesra terhadap Adam. Walaupun Adam merupakan orang luar dalam keluarga tersebut, namun layanannya mengharukan Adam. Pada sebelah malamnya, Adam menghantar Ajim – adik kepada Azza ke asramanya di Kampung Pandan. Mengambil kesempatan daripada peluang berada di kawasan Kuala Lumpur Adam bersama mereka bergerak ke Bukit Bintang, KLCC dan Dataran Merdeka bagi mendapatkan panorama di waktu malam. Sekitar jam 10 kami bergerak ke Cheras untuk menghantar She pulang ke rumahnya di Sijangkang, Banting. Hari malam Adam tamat setelah Adam selesai menunaikan solat tarawikh di dalam bilik dan terus tidur lena.

Hari kedua, Adam bangun sekitar jam 9 dan melepakkan diri di dalam bilik sementara menanti tengahari. Waktu tengahari dihabiskan dengan mengulangkaji pelajaran — Psychology. Sekitar jam 3 petang Adam bergerak ke Cheras bagi memenuhi jemputan Ariff untuk berbuka bersama warga rumah di sana. Perjalanan yang dihujani hujan di tengah jalan telah melambatkan tempoh perjalanan. Setibanya di sana, Adam dan Fakhrul ke pasar berhampiran untuk membeli makanan. Fakhrul baru sahaja pulang bersama Ariff daripada Balai Polis Pandan Indah melaporkan kes pecah rumah — rumah mereka dipecah masuk dan kehilangan dua buah komputer bimbit, sebuah telefon bimbit dan tiga pasang kasut.Tiada aktiviti malam bersama mereka selain daripada menghabiskan masa dengan berbaring dan melayan PS3 bersama rakan-rakan di rumah.

Hari ketiga, Adam bangun sekitar jam 10 pagi dan terus bersiap untuk bergerak pulang ke Melaka. Walaupun cuaca di sebelah Kuala Lumpur cerah dan tiada tanda-tanda untuk hujan — tetapi tidak di sebelah Negeri Sembilan. Perjalanan sepanjang Negeri Sembilan sedikit terganggu akibat daripada hujan yang agak lebat. Jam 12 tengah hari Adam selamat tiba ke kampus. Perjalanan belum tamat di situ — Adam dan Naim bergerak ke Bukit Beruang untuk menghantar laptop kami yang rosak — motherboard terbakar — dengan harapan laptop tersebut dapat dibaiki. Namun hampa — tanggapan benar Adam tentang motherboard terbakar sama sekali telah membuatkan technician MP Computer menganggarkan bahawa kos untuk menukar papan ibu tersebut sekitar Ringgit Malaysia Satu Ribu. Jadi untuk tidak mengecewakan hati Adam bertekad untuk menghantarnya pulang ke Perlis untuk diservis di Kedai Lee Hwa Computer yang harganya mungkin jauh lebih murah — dianggarkan sekitar RM500.

Sebagai penutup bicara, Selamat Menempuh Ramadhan 1429H dengan penuh kesabaran dan niat disamping usaha untuk melipatgandakan amalan kepadaNya. Amiin. Terima kasih yang tak terhingga kepada Uncle Aziz dan keluarga :)

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment