Blog

  • Puteri Gunung Ledang the Musical Season 3

    Puteri Gunung Ledang the Musical Season 3

    Pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical Season 3 ditayangkan di Istana Budaya pada 6 hingga 21 Februari 2009 adalah amat dinantikan oleh semua peminat PGLM. Adam berkesempatan untuk menyaksikan pementasan PGLM di Istana Budaya pada 12 Februari lepas.

    Buat pertama kali Adam menjejak kaki ke Istana Budaya yang terletak di Jalan Abdul Razak ini adalah secara tajaan. Terima kasih yang tidak terhingga yang sudi menaja Adam menyaksikan pementasan ini. Adam agak teruja apabila mendapat jemputan ini kerana ramai yang menyatakan PGLM ini adalah yang terbaik dan ‘world class’. Dengan testimoni positif yang diterima, Adam sememangnya menantikan sesuatu yang akan dibanggakan.

    Adam tiba di Istana Budaya sekitar jam 8 dimana pementasan dimulakan pada jam 8.30 malam. Pementasan yang dijayakan oleh barisan pelakon terbaik tanah air seperti Datuk Tiara Jacqualina, Stephen Rahman-Hughes, AC Mizal, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi.

    Kisah yang berkisar tentang kedatangan rombongan Sultan Mahmud ke Majapahit bersama Laksamana Melaka telah membawa perkhabaran gembira kepada Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah (Puteri). Lalu, Puteri jatuh cinta kepada Hang Tuah. Dalam masa yang sama, kerajaan Majapahit kan diserang oleh Demak dan Adipati meminta bantuan kerajaan Melaka.

    Setelah kemenangan berpihak kepada Majapahit, Sultan Mahmud ingin Adipati Menunaikan janjinya untuk mengahwinkan dengannya Puteri tetapi Puteri tidak rela dan melarikan diri ke Gunung Ledang. Puteri meletakkan 7 permintaan sebelum menerima pinangan Sultan Mahmud. Permintaan ke 7 ialah semangkuk darah Raja Ahmad Tetapi Sultan Mahmud tidak sanggup untuk menunaikannya.

    Walaupun jalan ceritanya boleh diduga, namun teknik pementasan yang mengagumkan berjaya memukau para penonton. orkestra secara langsung amat mengasyikkan dengan kekuatan suara yang dilontarkan oleh para pelakon, gerak tari yang mempersonakan, susunatur ‘prop’ yang lancar merupakan elemen utama yang menguatkan pementasan ini. Stage yang boleh digerakkan ke atas dan ke bawah digunakan sebaik mungkin dalam scene yang memerlukannya seperti rombongan meminang ke Gunung Ledang. Prop kapal layar, perlabuhan Melaka, Istana Melaka amat memukau

    Walaupun pementasan ini berkisar tentang peecintaan Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang, namun unsur jenaka turut diselitkan bagi merancakkan jalan cerita. Babak Sultan Mahmud menari bersama rakyat untuk meraikan kemenangan Melaka amat menghiburkan dengan tarian ala ‘dance’ di zaman Kesultanan Melayu.

    Garapan idea oleh Datin Tiara membawa angin moden dalam industri pementasan negara. Mungkin sebelum ini Adam tidak pernah didedahkan dengan pementasan di Istana Budaya, tetapi PGLM membuatkan Adam terus berminat untuk hadir menyaksikan pementasan di Istana Budaya pada masa akan datang.

  • Kesekalian Kalinya

    Salam. Entri yang tajuknya pelik. Semasa entri ini ditulis, Adam berada di Cheras bersama Epih dan Amzar. Kedatangan kami kali ini adalah dengan tujuan untuk bercuti dan melepaskan tekanan belajar di Lendu.

    Kalau sebelum ini datangnya dengan RH5775, tapi kali ini kami menaiki RE2946 kepunyaan Epih. Kehidupan di sini sama seperti hari biasa cuma beberapa program yang diaturkan untuk kami di sini. Memandangkan Cedin baru sahaja memasang Streamyx di rumah, Adam membantu mereka membuat tetapan untuk berkongsi Internet melalui LAN. Sebelum ini mereka sudahpun menyediakan LAN untuk bermain DOTA secara berangkai dan memudahkan proses penetapan perkongsian Internet.

    Petang tadi, Adam dan rakan ke Seri Puteri Cyberjaya untuk bertemu dengan Adik. Adam membawa dua kotak biskut Lexus untuknya sebagai bekalan ke kelas. Katanya dia tidak sempat membeli makanan di kantin sewaktu rehat dan dia lebih senang untuk membawa bekal berupa biskut ke kelas. Minggu depan, Umi akan berkunjung ke Cyberjaya untuk kali kedua untuk berjumpa Adik. Mungkin Umi dah rindukan Adik, walaupun baru seminggu lepas bercuti di Perlis.

    Selepas kepulangan dari Cyberjaya, Amin — housemate Cedin memberitahu bahawa Fakhrul datang ke rumah. Dengan penuh kehairanan, kami menghubunginya. Rupaya dia bermotor ke sini untuk membeli barang komputer di Plaza Low Yatt. Dia membeli sekeping kad grafik dan ‘power supply’ yang jumlahnya sekitar RM700.00. Selepas makan malam, dia bergerak pulang ke Perlis dan Ipoh merupakan destinasi persinggahan.

    Sebenarnya Adam tertinggal satu entri minggu lepas — pengalaman menaiki kapal terbang untuk kedua kalinya dan ke Sri Pentas TV3 untuk pertama kali untuk kajian akademik di sana. Jika ada kesempatan akan Adam update. Wassalam.

    P/S – Forex asik lost ja, terus mental down. Tunggu sedikit masa lagi untuk live! Memasang angan baru untuk mendapat Canon GL2!

  • Update Forex

    Update Forex

    Salam. Dah lama sepi dengan posting berkaitan Forex. Merujuk kepada blog sifu Forex Adam, beliau masih lagi belum mengaktifkan diri untuk membuat trading. Semalam sebelum beberapa jam market ditutup, Adam masih sempat membuat beberapa trading di platform demo InstaForex dengan tujuan untuk mengingat semula teknik yang dipelajari. Alhamdulillah, profit. Agaknya sudah lama Adam meninggalkan Forex selepas kali terakhir pada semester lepas. Katanya mahu dalami ilmu Forex pada cuti lepas, tapi masa membantutkan impian itu.

    Jadi, sekarang boleh juga mengambil kesempatan untuk membuat trading. Isnin ini insyaAllah Adam akan bermain akaun mikro secara live di LiteForex. Teringin juga merasa sendiri pengalaman live trading. Walaupun kecil, niat di hati untuk mencuba itu tetap ada. Nanti kalau dah ada kemajuan, boleh mencuba untuk bermain dollar USD kan. InsyaAllah.

    Esok Adam akan bergerak pulang ke KL sebelum ke Melaka pada hari Isnin. Isnin nanti Adam akan ke TV3 untuk kajian akademik di sana. Kemudian pada hari Khamis, Adam akan sekali lagi ke Kuala Lumpur untuk tujuan yang sama tetapi di syarikat penerbitan Kamus Elektronik Besta. Itu pun kalau mendapat persetujuan mereka. Selepas itu bermulalah untuk bekerja keras secara berterusan. Doakan semoga Adam terus berjaya dalam semua bidang. Amin.

  • Adam dan Sekeliling

    Sejak pulang dari Melaka pada minggu lepas, ada saja perkara yang berlegar di minda tanpa punca dan jalan keluar. Selain masalah peribadi, juga masalah sekitar, masalah ekonomi negara, masalah politik dunia dan juga masalah keamanan dunia, semua itu Adam fikirkan. Semuanya membawa kepada kerunsingan.

    Sesekali mempunyai idea sendiri untuk penyelesaian namun itu bukanlah yang terbaik rasanya. Setelah lama sudah tidak menjengah ke blog ahli politik di Malaysia, Adam kembali. Banyak isu yang panas seperti bola sepak di Malaysia, isu Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kepimpinan Obama dan sebagainya.

    Hal politik di Malaysia sudah tunggang terbalik. Hentikanlah politik wang. Adam pernah ditanya oleh Puan Raihan – pensyarah ‘Modern Issue in Malaysia’ pada minggu lepas tentang suasana politik di Malaysia. Tapi Adam menjawab – Saya tidak mengikuti perkembangan politik. Rasa bersalah juga ada kerana Adam menyimpan banyak ketidakpuashatian tentang politik di Malaysia ini sendiri. Maaf ya Puan. Tidakkah mereka ini malu dengan rakyat yang menyimpan harapan untuk pembangunan negara? Cerita Puan Raihan tentang seorang pakcik tua yang berbangga sungguh dengan gelaran ahli UMNO dari sebuah kampung di kawasan terpencil yang datang ke PWTC untuk persidangan UMNO amat menyentuh perasaan. Dia begitu berbangga mengaku sebagai perwakilan UMNO untuk mendapatkan tempat di dalam dewan. Rasanya begitu juga harapan dan impian yang pakcik tersebut mahukan daripada pucuk pimpinan UMNO. Tetapi, apakah yang sedang berlaku di atas sana? Baru ombak kecil, sudah berlari berketempiaran.

    Tinggalkan hal politik, sentuh sedikit hal sukan — kejatuhan bola sepak Malaysia, jurulatih KOAM gatal dan banyak lagi. Sepatutnya pihak atasan yang bertanggungjawab menjalankan tanggungjawabnya untuk kemajuan bola sepak tempatan, tapi apakah usaha mereka untuk tanggungjawab itu? Semuanya hal ketua. Apa sudah jadi dengan ketua? Kalau kapten kapal, sudah lama kapal mereka tersesat. Tolonglah, kami mahukan perubahan!!

    Nak jadi ketua bukanlah suatu benda yang senang. Kadang-kadang nak jadi ketua untuk memimpin diri sendiri pun susah, inikan pula untuk memimpin sebuah organisasi yang besar atau sebuah kumpulan penduduk yang mahukan kemajuan dalam kehidupan.

    P/S – Belajar untuk berubah.

  • Selamat Pindah!

    Salam.

    Akhirnya Adam’s Playground berpindah lagi. Berpindah dari mana ke mana? Kalau sebelum ni Adam bertapak di Xter.Org, kini Adam akan berumah di tapak rasmi Reflector Studio di Adam.RS.Com.My.

    Segalanya adalah kerana Adam tidak lagi akan menggunakan domain Xter.Org, yang didaftarkan sejak tahun 2006 kerana terpaksa mengurangkan kos penyelenggaraan. Biarlah berkongsi dengan RS kerana laman web RS lebih penting dan banyak perancangan untuk memajukannya.

    Cuti ini sebenarnya sibuk dengan kerja-kerja pemindahan disamping membuat tetapan ke atas server baru dengan pakej yang lebih besar dan Adam akan menyediakan perkhidmatan hosting dalam masa terdekat, sebagai produk utama Reflector Studio dengan nama RS Hosting.

    Jadi, cukup setakat ini. Sudah lama benar tidak membuat coretan di sini. InsyaAllah selepas ini Adam akan kembali menulis selepas segalanya selesai. Assignment juga masih bertimbun, usaha untuk mengurangkannya akan dibuat dalam masa terdekat.

  • Posting Pantas!

    Salam.

    Dah sebulan lebih tak menjenguk ke sini. Banyak spam terkumpul melebihi jumlah komen sebenar. Sebenarnya ada masalah connection Celcom Broadband dengan Server yang berpangkalan di TM Cyberjaya. Perkara ini membawa kepada masalah tidak dapat akses kepada server dengan menggunakan Celcom Broadband. Walaupun menggunakan proxy, masalah ini tidak dapat diatasi kerana sambungan ke Celcom juga agak lembap.

    Sebulan di Melaka cukup memeritkan dengan assignment yang mencabar disamping kerja kesetiausahaan untuk Kolej Lekiu. Adam kana berpindah ke server baru, dan juga domain baru dalam beberapa hari ini. Hal ini kerana Adam sudah mempunyai server sendiri, dan server ini akan disewakan kepada sesiapa yang berminat, selepas ini anda boleh melayari Adam’s Playground di alamat www.adamroslan.com!