Pementasan Puteri Gunung Ledang the Musical Season 3 ditayangkan di Istana Budaya pada 6 hingga 21 Februari 2009 adalah amat dinantikan oleh semua peminat PGLM. Adam berkesempatan untuk menyaksikan pementasan PGLM di Istana Budaya pada 12 Februari lepas.
Buat pertama kali Adam menjejak kaki ke Istana Budaya yang terletak di Jalan Abdul Razak ini adalah secara tajaan. Terima kasih yang tidak terhingga yang sudi menaja Adam menyaksikan pementasan ini. Adam agak teruja apabila mendapat jemputan ini kerana ramai yang menyatakan PGLM ini adalah yang terbaik dan ‘world class’. Dengan testimoni positif yang diterima, Adam sememangnya menantikan sesuatu yang akan dibanggakan.
Adam tiba di Istana Budaya sekitar jam 8 dimana pementasan dimulakan pada jam 8.30 malam. Pementasan yang dijayakan oleh barisan pelakon terbaik tanah air seperti Datuk Tiara Jacqualina, Stephen Rahman-Hughes, AC Mizal, Adlin Aman Ramli dan ramai lagi.
Kisah yang berkisar tentang kedatangan rombongan Sultan Mahmud ke Majapahit bersama Laksamana Melaka telah membawa perkhabaran gembira kepada Gusti Puteri Raden Adjeng Retno Dumilah (Puteri). Lalu, Puteri jatuh cinta kepada Hang Tuah. Dalam masa yang sama, kerajaan Majapahit kan diserang oleh Demak dan Adipati meminta bantuan kerajaan Melaka.
Setelah kemenangan berpihak kepada Majapahit, Sultan Mahmud ingin Adipati Menunaikan janjinya untuk mengahwinkan dengannya Puteri tetapi Puteri tidak rela dan melarikan diri ke Gunung Ledang. Puteri meletakkan 7 permintaan sebelum menerima pinangan Sultan Mahmud. Permintaan ke 7 ialah semangkuk darah Raja Ahmad Tetapi Sultan Mahmud tidak sanggup untuk menunaikannya.
Walaupun jalan ceritanya boleh diduga, namun teknik pementasan yang mengagumkan berjaya memukau para penonton. orkestra secara langsung amat mengasyikkan dengan kekuatan suara yang dilontarkan oleh para pelakon, gerak tari yang mempersonakan, susunatur ‘prop’ yang lancar merupakan elemen utama yang menguatkan pementasan ini. Stage yang boleh digerakkan ke atas dan ke bawah digunakan sebaik mungkin dalam scene yang memerlukannya seperti rombongan meminang ke Gunung Ledang. Prop kapal layar, perlabuhan Melaka, Istana Melaka amat memukau
Walaupun pementasan ini berkisar tentang peecintaan Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang, namun unsur jenaka turut diselitkan bagi merancakkan jalan cerita. Babak Sultan Mahmud menari bersama rakyat untuk meraikan kemenangan Melaka amat menghiburkan dengan tarian ala ‘dance’ di zaman Kesultanan Melayu.
Garapan idea oleh Datin Tiara membawa angin moden dalam industri pementasan negara. Mungkin sebelum ini Adam tidak pernah didedahkan dengan pementasan di Istana Budaya, tetapi PGLM membuatkan Adam terus berminat untuk hadir menyaksikan pementasan di Istana Budaya pada masa akan datang.
Other articles you might like;
Haihh.. P dgn sapa tah.. Hahaha
Kot nak ajak. Ahaks
hahaha. orang sponsor, pi tengok aja la.