Sejak pulang dari Melaka pada minggu lepas, ada saja perkara yang berlegar di minda tanpa punca dan jalan keluar. Selain masalah peribadi, juga masalah sekitar, masalah ekonomi negara, masalah politik dunia dan juga masalah keamanan dunia, semua itu Adam fikirkan. Semuanya membawa kepada kerunsingan.
Sesekali mempunyai idea sendiri untuk penyelesaian namun itu bukanlah yang terbaik rasanya. Setelah lama sudah tidak menjengah ke blog ahli politik di Malaysia, Adam kembali. Banyak isu yang panas seperti bola sepak di Malaysia, isu Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris, kepimpinan Obama dan sebagainya.
Hal politik di Malaysia sudah tunggang terbalik. Hentikanlah politik wang. Adam pernah ditanya oleh Puan Raihan – pensyarah ‘Modern Issue in Malaysia’ pada minggu lepas tentang suasana politik di Malaysia. Tapi Adam menjawab – Saya tidak mengikuti perkembangan politik. Rasa bersalah juga ada kerana Adam menyimpan banyak ketidakpuashatian tentang politik di Malaysia ini sendiri. Maaf ya Puan. Tidakkah mereka ini malu dengan rakyat yang menyimpan harapan untuk pembangunan negara? Cerita Puan Raihan tentang seorang pakcik tua yang berbangga sungguh dengan gelaran ahli UMNO dari sebuah kampung di kawasan terpencil yang datang ke PWTC untuk persidangan UMNO amat menyentuh perasaan. Dia begitu berbangga mengaku sebagai perwakilan UMNO untuk mendapatkan tempat di dalam dewan. Rasanya begitu juga harapan dan impian yang pakcik tersebut mahukan daripada pucuk pimpinan UMNO. Tetapi, apakah yang sedang berlaku di atas sana? Baru ombak kecil, sudah berlari berketempiaran.
Tinggalkan hal politik, sentuh sedikit hal sukan — kejatuhan bola sepak Malaysia, jurulatih KOAM gatal dan banyak lagi. Sepatutnya pihak atasan yang bertanggungjawab menjalankan tanggungjawabnya untuk kemajuan bola sepak tempatan, tapi apakah usaha mereka untuk tanggungjawab itu? Semuanya hal ketua. Apa sudah jadi dengan ketua? Kalau kapten kapal, sudah lama kapal mereka tersesat. Tolonglah, kami mahukan perubahan!!
Nak jadi ketua bukanlah suatu benda yang senang. Kadang-kadang nak jadi ketua untuk memimpin diri sendiri pun susah, inikan pula untuk memimpin sebuah organisasi yang besar atau sebuah kumpulan penduduk yang mahukan kemajuan dalam kehidupan.
P/S – Belajar untuk berubah.
Other articles you might like;