Blog

  • Adam 20 Tahun

    Adam 20 Tahun

    Tahniah Adam, anda sudah 20 tahun. Apakah pencapaian paling anda banggakan pada peringkat umur ini? Terima kasih kepada keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberi sokongan dalam setiap pekerjaan yang Adam sertai. Tahun ni tak sama macam tahun lepas, sebab takdak kek. Masih memikirkan apakah hadiah untuk Adam sempena 20 tahun ni. =)

    P/S – Terima kasih kepada Add dan Am untuk 100 Plus di atas. Mereka sungguh comel!

  • Yunalis Zarai – Dan Sebenarnya

    Kehadiaran Yuna dalam industri muzik tempatan telah membuka mata banyak pihak. Apa tidaknya, ramai penggemar muzik tanah air menganggap pada mulanya bahawa Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai adalah seorang pendatang baru dari negara seberang. Penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah ini telah membawa sinar baru kepada muzik tempatan apabila lagunya, Dan Sebenarnya telah mula disiarkan di corong-corong radio tempatan termasuk Hot.fm dengan begitu cepat berbanding artis baru yang lain.

    Lagu-lagunya yang sentiasa menjadi nyanyian anak muda adalah seperti Dan Sebenarnya, Rocket, Deeper Conversation, Permission dan These Streets. Kepada sesiapa yang belum mendapatkan EP Yuna, anda boleh berbuat demikian dengan mendapatkanya daripada laman MySpace beliau atau hubungi 010-2019390 (Pa’an). Semoga Yuna terus sukses!

    Dengarkan Yuna – Dan Sebenarnya (EP Version)
    [audio:http://dc101.4shared.com/download/88037562/d518918f/Yuna_-_Dan_Sebenarnya__EP_.mp3?tsid=20090414-000051-5f3c7ff9]

    BIODATA YUNA
    Nama sebenar: Yunalis Zarai
    Komersial: Yuna
    Usia: 23 tahun
    Tarikh lahir: 14 November 1986
    Tempat lahir: Alor Setar, Kedah
    Hobi: Menonton filem
    Idola: Fiona Apple (penyanyi luar negara yang pernah dikenali sekitar 1990).
    Pendidikan: UiTM Shah Alam dalam ijazah Undang Undang
    Emel: yunaroomrecords@gmail.com
    Social Networking: Facebook | MySpace

    Q&A YUNA

    Fact: Yuna’s mom owns a restaurant named Crocodile Rock. And she knows how to make lasagne.
    Answer : Seperti yang telah diceritakan.. FALSE.

    Fact: Yuna toured the whole Europe to perform… from Italy, France… Germany… blabablablabla…..
    Answer: FALSE. I had one tiny acoustic gig in London, self organized by a friend and i, and the venue and food was sponsored by Malaysian Hall in London and 60 Malaysian students came to the show. i did not tour around Europe! Tu dah mcm.. Celine Dion!

    Fact: Yuna owns a Gretsch White Falcon
    Answer: FALSE. Cantiiikkk nyeee… White Falcon *drools* tapi saaaangat lah mahal. My guitar Ibanez je! Ada la nampak cam Gretsch sikit sikit… tapi bukan! kalau nak beli Gretsch tu kene kerja 50 tahun baru boleh beli! =D

    Fact: Yuna was born in Subang Jaya.
    Answer: FALSE.

    Fact: Yuna was born in Kuantan.
    Answer: FALSE.

    Fact: Yuna went to school in Subang Jaya.
    Answer: TRUE. SMSU and then USJ4

    Fact: Yuna went to school in Kangar, Perlis.
    Answer: TRUE. SMK Derma.

    Fact: Yuna lives in Kelantan.
    Answer: FALSE.

    Fact: Yuna lives in Kuantan.
    Answer: My parents are residing in Kuantan. Not me! Sometimes I go visit them and we lepak kat TC makan kerang rebus. =)

    Fact: Yuna lives in Perak.
    Answer: FALSE. My kampung is in Perak though. And sebab saya banyak kali pindah around Malaysia, Perak has always been my comfort zone, a familliar ground. Sebab selalu balik kampung kan? So… maybe I’m a Perakian? =D

    Fact: Yuna is studying in UIA.
    Answer: FALSE.

    Fact: Yuna is studying in UiTM Shah Alam
    Answer: TRUE.

    Fact: Yuna was studying in UiTM Merbok, Sungai Petani.
    Answer: TRUE. For pre-degree. Yup!

    Fact: Yuna has a recording studio at home.
    Answer: FALSE.

    Fact: Yuna lives in a bungalow in KL with a recording studio at home.
    Answer: FALSE. My house is actually a cozy tiny double storey house, and I’ve lived here for 13 years. Nope. No studios. We go to Mokhtar’s place for recordings. Haa tu baru betul! studio dalam rumah! (Iseekmusic)

    Fact: Yuna drives a black Toyota Prius.
    Answer: FALSE. Ada orang pernah comment, “Yuna tadi bawak kereta Toyota Prius warna hitam kan. Heehee” Haha! Warna dah betul. Tapi bukan Toyota Prius! Toyota Prius ada eh kat Malaysia? Hm…

    Fact: Yuna is the only child.
    Answer: TRUE. However I grew up all my life having a cousin living with me, we’re practically like sisters. She passed away at the age of 24 from cancer when I was 14. =/

    Fact: Yuna is the opening act for Jason Mraz.
    Answer : FALSE. Masa saya dengar orang ckp ni, I went “Huiyo!! I am???” Hihi mana laa korang dapat info ni. hihihi kalau betul dapat sure saya dah update dekat myspace punya upcoming shows! Tapi kalau betul dapat perform masa concert Jason Mraz… *Pengsan*

    Fact: Yuna is performing at Sunburst 2009.
    Answer: FALSE. Again, people. Trust only the shows listed down in Myspace.com/yunaroomrecord

    s > Upcoming shows! If you dont get see it here, maksudnye info pasal shows di luar sana adalah FALSE!

    Fact: Yuna is performing in Singapore.
    Answer: TRUE. Mosaic invited us last year to play for the 2009 show and we can’t wait! Yay!

    Fact: Yuna does not perform in small scale events.
    Answer: FALSE. I LOVE small scale events. Lg best kalau crowd yang sikit sikit je. Senang nak reach out. =)

    Fact: Yuna is choosy in performing.
    Answer: FALSE. Im not choosy. Sometimes I just can’t agree to some gigs. We cant just agree to everything and anything kan? Thats not human! Itu… android! =D

    Fact: Yuna released ‘Yuna’ tshirts.
    Answer: FALSE. Kalau ada di luar sana, bukan product dari Yuna Room Records.

    Fact: ‘Yuna’ is Yuna’s real name.
    Answer: TRUE

    Fact: Yuna once performed in front of John Mayer.
    Answer: FALSE!!!

    Fact: Yuna once performed in front of John Legend.
    Answer: FALSE!!!

    Fact: Yuna once performed in front of John Legend’s brother.
    Answer: TRUE. Along with Najwa and Reza Salleh.

    Fact: Yuna was a Perlis state bowler.
    Answer: TRUE. Tapi tak terer mana pun.

    Fact: Yuna is performing at MMU Melaka.
    Answer: FALSE. Tadi kitorang perform dkt UITM Melaka for Pixel Playground event! Seronok~ and everyone was really niiiice!! Thank you MELAKA!!

    Fact: Yuna cancelled a gig.
    Answer: FALSE. I want to make this clear that I do not cancel any of my shows without informing people. If I make a cancellation myself, I will inform or announce it here or state my reasons. If the organizers cancelled on us, we will remove the event information from the Upcoming Events column. So far saya tak pernah lagi la mintak untuk cancel show. =) yay!

    Fact: Yuna participated in One in a Million season 1.
    Answer: TRUE.

    Fact: Yuna was rejected in One in a Million because of her ‘image’.
    Answer: FALSE. Okay ni saya dah berapa kali dengar and saya kene explain. Yes, I went for OIAM season 1 audition (dah lama sangat dah ni) and I was accepted into Top 80, then I got into Top 40 and then I didn’t get through the Top 20. The judges supported me through out my days joining the OIAM team and I had fun, i was not rejected by the judges because of my image. They were actually very nice to me and very supportive of me through out the show. The crew pun baik sangat. I didn’t get through because I was not good enough as a singer, and the Top 20 contestants that the judges picked were REALLY GOOD and well deserved. Itu je. =)

    Fact: Yuna is from a wealthy family.
    Answer: FALSE. I come from a very normal, average family. And we are very grateful to Allah that we lead a normal, average comfortable life. We are hardworking, thats all.


  • CIMB KL Open Squash Championship 2009

    Keletihan bertarung lima set untuk dua hari berturut-turut jelas memberi kesan buat juara bertahan kategori lelaki, Ong Beng Hee yang akhirnya tunduk di tangan Adrian Grant, semalam.

    Selepas menang set pertama 11-7, kudrat Beng Hee nyata sudah berkurangan dan akhirnya tunduk 4-11, 3-11, 8-11 untuk membolehkan pilihan ketiga, Grant mencipta sejarah bersama-sama pilihan utama, Peter Barker merebut gelaran dalam final sesama pemain Inggeris pertama sejak kejohanan itu dimulakan pada 1999.

    Adam berada di tempat kejadian semasa perlawanan ini berlangsung. Sesudahnya tamat perlawanan antara mereka, Adam mendapat saguhati daripada Adrian Grant — sehelai t-shirt kuning CIMB Kuala Lumpur Open Squash Championship 2009. Adrian Grant baling baju ini ke arah Adam dan Adam menangkapnya dengan kemas! Haha.

    Maaf kepada mamat kat sebelah yang kalut sangat nak baju ni. Offer me la kalau anda mahukan baju ini =)

  • MASALAH

    Subjek: Masalah Diri Sendiri, Masalah Ciptaan Sendiri, Masalah Ciptaan Orang Lain, Masalah Datangnya Sendiri.

    Point sebenarnya ialah MASALAH. Terdapat pelbagai cara sebenarnya masalah hadir tiba. Saya baru pulang daripada kekalahan bermain bola tampar mewakili level untuk Sukan Kolej Lekiu. Saya cipta masalah dengan menghadiri perlawanan bola tampar sedangkan esok adalah mid term test untuk subjek Broadcasting. Mari kita cuba untuk menggantikan masalah ini dengan kegembiraan, saya cuba!

    P/S – Cara lain masalah terbentuk akan diterangkan dalam posting akan datang. Tema minggu ini ialah MASALAH :D

  • Semua Orang Sibuk

    Salam.

    Dicelah-celah kesibukan seharian Adam, sempat lagi Adam curi sedikit masa untuk mencipta posting baru. Sebenarnya ada saja cerita yang nak ditulis di sini tapi masa sentiasa menjadi penghalang.

    Selepas kepulangan dari Program Perkasa Siswa 2009 anjuran Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kaunseling, Adam kembali seperti biasa. Bercerita tentang program ini, Adam dikatakan dapat menambah senarai rakan JPK dan MPP UiTM Melaka sahaja. Pengisiannya agak kosong. Namun Program Bual Bicara Kemerdekaan di Kampus Bandaraya sedikit membawa manfaat kepada Adam.

    Meneruskan kehidupan sibuk yang sebiasanya. Hari Isnin terskip sekali lagi kelas Broadcasting. Hari Selasa kembali padat dengan kelas dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Oh ya, kemarin ketemu dengan Sue yang setelah hampir dua bulan di kampus yang sama — tapi baru kali pertama bertemu mata. Selain itu sibuk juga dengan aktiviti Kolej Lekiu. Sekali lagi menyiapkan kertas kerja untuk Makan Malam Kolej Lekiu bersama Kolej Tun Puteri.

    Laman web rasmi Putra Rovers juga telah dirombak secara besar-besaran. Layout telah ditukar kepada sesuatu yang lebih ada ‘gah’nya. InsyaAllah selepas ini Putra Rovers akan mempunyai domainnya sendiri, mungkin www.putrarovers.com — itulah yang dicadangkan oleh Saudara Amran.

    Surat kepada Berita Publishing untuk kajian akademik di sana sudahpun diluluskan dan insyaAllah pada 2 Mac Adam akan ke sana bersama rakan-rakan. Tidak lupa juga Adam ingin mengucapkan tahniah kepada Saudari Sharifah Nuraini kerana telah berjaya menemui cinta yang selama ini dinantinya. Jangan lupa belanja makan-makan ya, Haha=)

    Dalam kesibukan duniawi, jangalah kita alpa. Sentiasa ingatkan Allah dalam kesibukan kerana Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang, kasihnya melebihi kasih sayang sesama makhluk tetapi sedikit sekali manusia yang bersyukur bahkan tidak sedar bukti kasih sayang Allah ada di mana-mana sahaja. Mungkin itu yang nak dipesan oleh Abah. Adam dapat rasa dia datang melawat.

    ”Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri” (59:19)

  • Minggu 8

    Minggu ke-8 di Lendu. Banyak kisah menarik, sedih dan perit yang dilalui sepanjang meniti minggu ini.

    1. Ayahanda Ema Suraya telah kembali ke rahmatullah pada 14 Februari 2009.

    2. Menyiapkan Scrapbook untuk Modern Issues in Malaysia.

    3. Menguruskan hal-hal berkaitan Kolej Lekiu, Putra Rovers dan Reflector Studio.

    4. Menyertai Kursus Perkasa Siswa 2009.

    5. Jadi kuntar empat tahun.