≡ Menu

Kesekalian Kalinya

Salam. Entri yang tajuknya pelik. Semasa entri ini ditulis, Adam berada di Cheras bersama Epih dan Amzar. Kedatangan kami kali ini adalah dengan tujuan untuk bercuti dan melepaskan tekanan belajar di Lendu.

Kalau sebelum ini datangnya dengan RH5775, tapi kali ini kami menaiki RE2946 kepunyaan Epih. Kehidupan di sini sama seperti hari biasa cuma beberapa program yang diaturkan untuk kami di sini. Memandangkan Cedin baru sahaja memasang Streamyx di rumah, Adam membantu mereka membuat tetapan untuk berkongsi Internet melalui LAN. Sebelum ini mereka sudahpun menyediakan LAN untuk bermain DOTA secara berangkai dan memudahkan proses penetapan perkongsian Internet.

Petang tadi, Adam dan rakan ke Seri Puteri Cyberjaya untuk bertemu dengan Adik. Adam membawa dua kotak biskut Lexus untuknya sebagai bekalan ke kelas. Katanya dia tidak sempat membeli makanan di kantin sewaktu rehat dan dia lebih senang untuk membawa bekal berupa biskut ke kelas. Minggu depan, Umi akan berkunjung ke Cyberjaya untuk kali kedua untuk berjumpa Adik. Mungkin Umi dah rindukan Adik, walaupun baru seminggu lepas bercuti di Perlis.

Selepas kepulangan dari Cyberjaya, Amin — housemate Cedin memberitahu bahawa Fakhrul datang ke rumah. Dengan penuh kehairanan, kami menghubunginya. Rupaya dia bermotor ke sini untuk membeli barang komputer di Plaza Low Yatt. Dia membeli sekeping kad grafik dan ‘power supply’ yang jumlahnya sekitar RM700.00. Selepas makan malam, dia bergerak pulang ke Perlis dan Ipoh merupakan destinasi persinggahan.

Sebenarnya Adam tertinggal satu entri minggu lepas — pengalaman menaiki kapal terbang untuk kedua kalinya dan ke Sri Pentas TV3 untuk pertama kali untuk kajian akademik di sana. Jika ada kesempatan akan Adam update. Wassalam.

P/S – Forex asik lost ja, terus mental down. Tunggu sedikit masa lagi untuk live! Memasang angan baru untuk mendapat Canon GL2!

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • Viere February 18, 2009, 2:51 am

    Apa nak buat… Alang2 dok atas highway turuihhh la. Heh

Leave a Comment