Sempat menyelak akhbar dalam talian Kosmo tadi. Antara banyak-banyak berita, berita inilah yang menjadi perhatian. Bersempena dengan 100 hari menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat 11 pengumuman mesra rakyat, antaranya diskaun jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah serta tabung unit amanah baru untuk rakyat semua kaum.
Berucap pada majlis ‘100 Hari Najib Bersama Rakyat’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini, Perdana Menteri berkata, untuk meringankan beban pengguna kad prabayar Smart Tag dan Touch ‘n Go yang membayar tol 80 kali atau lebih sebulan, mereka layak diberi diskaun 20 peratus.
Katanya, beliau pernah diberitahu oleh seorang pengguna jalan bertol yang terpaksa membayar tol lebih kurang RM300 sebulan manakala gaji bulanannya RM3,000, yang menurut Perdana Menteri: “Orang ini hanya mendapat gaji 11 bulan sahaja setahun, kerana gaji satu bulan lagi habis dibelanjakan untuk pembayaran tol setahun.”
“Ini (diskaun) saya percaya akan memberi kelegaan kepada rakyat terutama yang menggunakan jalan tol setiap hari,” katanya yang disambut dengan tepukan gemuruh lebih 5,000 hadirin di dalam dan luar pusat konvensyen itu.
Antara lain yang mendapat sambutan hangat yang termasuk dalam Pengumuman Najib sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri ialah:
- Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.
- Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.
- Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.
- Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.
- Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.
- Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.
- Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.
- Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.
- Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.
- Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.
- Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
Other articles you might like;
semoga janji @ hadiah itu ditunaikan…
.-= beliamuda´s last blog ..Kejutan Result Exam dan Siapakah Gloson =-.