Blog

  • Seribu di Sinar

    Seribu di Sinar

    Seribu Sinar

    Oh! Sinar.fm kini membawakan Seribu di Sinar kepada peminat muzik retro di Malaysia. Apa itu Seribu di Sinar? Sinar.fm kini mencari kedudukan 1000 lagu-lagu retro pilihan ramai yang diputarkan melalui siaran radio ini. Pada minggu terakhir Julai, mereka akan memainkan senarai lagu-lagu pilihan anda bermula daripada kedudukan 1000 hinggalah di kedudukan nombor 1!

    Sehingga petang tadi, mereka sudah memainkan sehingga lagu ke 818, Adikku Pandai Menari oleh Aman Shah! Jadi, undilah lagu kegemaran anda untuk mencari lagu yang paling popular di alam ini! Untuk mengundi, klik Jom Undi!

    Untuk maklumat lanjut berkaitan segmen Seribu di Sinar ini, anda boleh terus menyelusuri laman web rasmi Sinar.fm di http://www.sinar.fm/khas/seribu_sinar/

  • Berita Hari Ini

    Berita Hari Ini

    30691_newsKekalaha kedua kepada kelab gergasi Eropah Manchester United, 2-0 semalam sekali lagi membuktikan mereka bukan tandingan. Pengurus, Sir Alex Ferguson memberi cadangan agar Malaysia mengikut cara yang dipraktikkan oleh Jepun dan Korea Selatan yang kini telah melahirkan ramai bintang bola sepak yang menyinar di Eropah. Antara berita menarik pada hari ini, disunting daripada akbar dalam talian, Kosmo!

    Cadangan potong adegan rempit, pondan dalam filem, drama

    Syarikat produksi filem dan drama perlu menanggung sendiri kerugian jika Lembaga Penapisan Filem (LPF) memotong adegan aksi pelesit rempit dan pondan daripada ditayangkan. “Ia (pelesit rempit dan pondan) tidak seharusnya jadi bahan yang diuar-uarkan kerana filem seharusnya ada nilai yang beri manfaat kepada masyarakat,”

    Pasang 200 kamera sistem AES

    Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memasang 200 unit Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES) mulai 1 September ini. Setakat ini sebanyak 200 kawasan berisiko tinggi kemalangan telah dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (Miros) untuk pemasangan kamera tersebut yang mempunyai fungsi membuat rakaman kesalahan trafik dengan lebih berkesan.

    Manohara, ibu disaman RM105j

    Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Ismail Petra mengemukakan saman dan menuntut ganti rugi sebanyak RM105 juta daripada isteri Manohara Odelia Pinot dan ibu mentua Daisy Fajarina kerana didakwa memfitnah dan merosakkan reputasi beliau dan keluarganya. Mereka berkahwin pada 26 Ogos 2008 dan tinggal bersama di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan. Namun selepas sembilan bulan berkahwin, Manohara, 17, yang digelar Cik Puan Temenggong didakwa pulang ke Indonesia tanpa kebenaran suami.

    Tiada lagi Kancil baru

    Selepas 15 tahun menjadi antara kereta popular di atas jalan raya di negara ini, model kereta Kancil kini telah dihentikan pengeluarannya berkuat kuasa semalam. Sebagai pengganti model Kancil yang dilancarkan pada tahun 1994 itu, Perodua memperkenalkan model baru iaitu Perodua ViVa 660BX yang ditawarkan pada harga atas jalan RM25,300 setiap satu dan didatangkan dalam tiga warna, iaitu Ivory White, Ebony Black dan Glittering Silver.

  • 2008: Perkembangan Internet

    2008: Perkembangan Internet

    Perkembangan Internet di dunia menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus setiap tahun dengan aktiviti menonton video dan mendegar lagu secara streaming meningkat secara mendadak. Pada masa yang sama, aplikasi web terbahagi kepada beberapa bahasa utama dunia seperti Inggeris, Hindi, Mandarin, Portugis dan Russia. Menjelang 2012, dijangka pengguna Internet di Asia termasuk 490 milion pengguna China akan mengatasi jumlah pengguna di Amerika Utara dengan nisbah 3 kepada 1 dan India akan menjadi kumpulan yang ketiga terbesar yang berada di atas talian.

    Jika carta imej di bawah dijadikan sebagai panduan, China kini sedang mendahului Amerika dengan perbezaan 2% jumlah pengguna Internet di dunia atau 253,000,000 (17%) pengguna berbanding Amerika dengan 220,000,000 (15%) pengguna Internet. Namun begitu, peratusan populasi pengguna Internet di China masih kecil iaitu 19% berbanding pesaingnya, 72.5%. Namun, jumlah ini telah sama sekali menunjukkan bahawa China adalah sebuah negara yang sedang pesat memajukan teknologi Internetnya akibat jumlah peningkatan yang mendadak sejak tahun 2002.

    The Exploding Internet

    (more…)

  • Terkini H1N1: UiTM Lendu ditutup 9 hari

    Terkini H1N1: UiTM Lendu ditutup 9 hari

    UiTM Lendu ditutup

    Petang kemarin, Amzar sekalu Yang di Pertua Kolej Lekiu menghadiri taklimat bersama pihak tertinggi Universiti Teknologi MARA Melaka yang membawa kepada berita penutupan Kampus Alor Gajah atau lebih dikenali sebagai UiTM Lendu. Selepas beberapa ketika pengumuman kepada warga Kolej Lekiu, pengumuman rasmi tentang penutupan kampus ini telah dilakukan oleh Tuan Azman Abu Bakar.

    Semua kuliah akan ditangguhkan selama 9 hari dan akan bersambung semula pada 27 Julai 2009 dan semua aktiviti yang dirancang oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Melaka akan dibatalkan atas sebab-sebab keselamatan.

    (more…)

  • H1N1: Kini di UiTM Melaka

    H1N1: Kini di UiTM Melaka

    UiTM MelakaSalam. Berita terbaru mengenai kes H1N1 di UiTM Melaka yang melanda sejak beberapa hari lepas dan disiarkan di media massa secara meluas baru-baru ini telah reda. Dalam mesyuarat bersama pihak pengurusan UiTM Melaka bersama Kementerian Kesihatan Malaysia semalam telah menemukan kata putus bahawa UiTM Melaka kini telah selamat diduduki. Namun, aktiviti luar seperti ko-kurikulum dan riadah masih ditegah di dalam kawasan kampus atas sebab-sebab keselamatan.

    Seorang pelajar UiTM Lendu suspek H1N1

    MELAKA, 12 Julai — Seorang pelajar lelaki dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Lendu, Alor Gajah dimasukkan ke Hospital Melaka untuk rawatan setelah disyaki dijangkiti Influenza A (H1N1) malam tadi. Pengarah UiTM Melaka, Prof Madya Datuk Dr Mizan Hitam berkata pelajar tersebut berusia 18 tahun.

    “Langkah pencegahan telah diambil di kampus tersebut dan setakat ini tidak ada pelajar yang dikuarantin. Semua aktiviti termasuk kelas berjalan seperti biasa,” katanya kepada Bernama.

    Dr Mizan berkata tiada juga larangan untuk urusan keluar masuk ke kampus itu. Pengarah Jabatan Kesihatan Melaka,  Dr Ghazali Othman berkata pelajar berkenaan sedang menerima rawatan lanjut di hospital. Beliau berkata pihaknya telah membuat saringan terhadap pelajar lain yang pernah mempunyai kontak dengan pelajar berkenaan. — Bernama

    H1N1 TERKAWAL…

    Antaranya, mengadakan aktiviti saringan terhadap penuntut lain yang terdedah serta dekontaminasi terhadap semua blok penginapan dan isolasi, dewan kuliah dan lain-lain bangunan yang digunakan penuntut.Keadaan wabak di kampus UiTM Melaka terkawal dan proses pembelajaran berjalan seperti biasa berikutan tiga pelajar yang dirawat di hospital Melaka telah dibebaskan dan dikawal rapi di rumah masing-masing.Beberapa pelajar menyeberangi jalan keluar dari Kampus UiTM Lendu, semalam.

    Pelajar UiTM sembuh sepenuhnya

    MELAKA 13 Julai – Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu, Alor Gajah di sini yang disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) sembuh sepenuhnya dan telah dibenarkan keluar dari Hospital Melaka hari ini.

    Bagaimanapun menurut Pengarah Kampus UiTM Melaka, Prof. Madya Datuk Dr. Mizan Hitam, tiga lagi pelajar yang disyaki positif H1N1 masih dikuarantin di rumah masing-masing. Jelas beliau, tiga pelajar tersebut dalam keadaan stabil dengan pengawasan rapi pasukan perubatan di rumah mereka.

    ”Keadaan di kampus ini terkawal. Ibu bapa pelajar tidak perlu panik dan bimbang kerana segalanya berjalan dengan baik,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengesahkan empat pelajar UiTM Lendu positif H1N1. Menurut beliau, daripada empat kes yang dilaporkan itu, seorang pelajar dimasukkan ke wad pengasingan Hospital Melaka bagi mendapatkan rawatan peringkat kritikal.

    Mengulas lanjut, Mizan berkata, kegiatan kokurikulum dibatalkan untuk tempoh seminggu manakala kuliah berjalan seperti biasa. Beliau berkata, pelajar yang disahkan sembuh daripada jangkitan virus H1N1 itu akan kembali mengikuti kuliah seperti biasa.

    “Kesihatan pelajar tersebut akan sentiasa berada dalam pemerhatian unit kesihatan kampus,” katanya.

  • Nur Kasih Episod 9

    Nurkasih Episod 25

    Nur Amina sering berhubung dengan Aidil melalui email. Nur Amina meminta Aidil datang dihari konvokesyennya. Kehidupan Adam di Australia telah jauh dari landasan agama. Tetapi, Adam terasa jiwanya kosong sedangkan dia mempunyai segala kemewahan. Apabila Katrina disahkan mengandung, Adam merasakan jiwanya akan tenang semula.

    Ketika pulang dari berparti, Adam dan Katrina ditimpa kemalangan dan bayi dalam kandungan Katrina tidak dapat diselamatkan. Adam dipenjara kerana memandu dibawah pengaruh alkohol.

    Nur Kasih Episod 9 Bahagian 1

    Nur Kasih Episod 9 Bahagian 2

    Nur Kasih Episod 9 Bahagian 3

    Nur Kasih Episod 9 Bahagian 4