Kisah pemergian Michael Jackson atau nama Islamnya – Mikaeel telah menggemparkan seluruh penduduk dunia. Beliau disahkan meninggal dunia sejurus selepas sampai ke sebuah hospital di Los Angeles pada pukul 2.26 petang waktu luar negara pada 25 Jun. Peminatnya di mana-mana ceruk dunia amat meratapi pemergiannya sebagai seorang idola yang terkenal dengan gelaran ‘Raja Pop’. Lagu-lagu cipataannya menjadi siulan di bibir peminatnya.
Kisah kematiannya menjadi lebih panas apabila beberapa kisah menarik terpacul di dada akhbar sejak beberapa hari lepas seperti doktor peribadinya ditahan akibat dipercayai memberi dos yang berlebihan, cara pengkebumian Mikael dan kisah lelongan barangan peribadinya.
Petikan daripada Mingguan Malaysia pada 28 Jun 2009 berkata,
LOS ANGELES 27 Jun – Michael Jackson dilaporkan mempunyai hutang berjumlah AS$400 juta (RM1.4 bilion), namun kematiannya mungkin menjana pendapatan yang lebih besar kepada penyanyi itu berbanding semasa beliau masih hidup.
Peguam studio rakaman Hit Factory, yang merakamkan album ‘Thriller’ penyanyi itu, Jerry Reisman berkata, kematian Jackson meninggalkan persoalan tentang empayar kewangannya yang merangkumi muzik, pegangan saham 50 peratus dalam koleksi lagu-lagu kumpulan Beatles serta kutipan hasil lelongan barangan milik peribadinya.
Katanya, rumah agam Jackson di ladang ternak Neverland dianggarkan bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.5 bilion), sementara pegangan saham 50 peratus dalam syarikat Penerbitan Muzik Sony/ATV bernilai kira-kira AS$2 bilion (RM7 bilion). – AP
Sudah pasti ramai akan mengambil kesempatan ini untuk menjual barangan-barangan memorial Michael Jackson untuk para peminatnya. Beberapa laman blog tempatan turut menyarankan agar mengambil peluang ini untuk meraih pendapatan dengan mendagangkan barangan kenangan Michael Jackson seperti koleksi CD/DVD dan gambar Michael Jackson atau The Jackson 5.
Jackson meninggal pada usia 50 tahun, meninggalkan 3 orang anak, Michael Joseph Jackson, Jr., Paris Michael Katherine Jackson dan Prince “Blanket†Michael Jackson II.
Sumber: KISH-Online
Other articles you might like;
pergh, makin kaya bile dah mati… yg best tu wat org len jadi kaya gak jual brg2 pasal dia.. huhuhuhu
.-= adol´s last blog ..I’M YOUR’S MALAY VERSION =-.
Kalau sesiapa yang sentiasa ikut perkembangan berita tentang MJ mesti dia tau perihal harta yang ditinggalkan oleh MJ. Wasiat yang ditulis pada tahun 2002 oleh MJ merungkaikan segala permasalahan. Yang berhak, akan dapat hak masing-masing.