Blog

  • Perkahwinan Anwar & Faten Najwa

    Alhamdulillah. Petang tadi berlangsungnya majlis perkahwinan antara Faten Najwa bersama pasangannya di Baitul Fitri, Santan. Majlis tetap berlangsung dengan meriah walaupun hujan turun renyai renyai.

    Pada malam sebelumnya, pengantin diraikan dalam satu majlis di Tasoh Lake Resort, Beseri. Gambar ketika mempelai sedang menuju masuk ke dewan makan.



    Perkahwinan Anwar & Faten Najwa, originally uploaded by adam.roslan.
  • WWDC 2010: Selain iPhone 4G, apa lagi?

    Semua pemerhati dan peminat Apple sedang menunggu tarikh 7 Jun sempena Apple’s Worldwide Developers Conference. Saya sebagai seorang pemerhati juga tertunggu tunggu sama ada khabar angin tentang pelancaran Apple iPhone 4G pada persidangan ini adalah sahih. Jika benar, saya pasti harga iPhone 3G dan iPhone 3Gs akan sedikit turun, lalu menggalakkan orang yang memendam rasa untuk terus menyambar telefon hebat ini.

    Gizmodo ada beberapa jawapan bahawa telefon hebat generasi baru ini akan dilancar seperti yang dinyatakan dalam petikan berikut.

    Will the new iPhone be announced?
    Ever since Apple’s next-generation iPhone was uncovered, there’s been speculation that the early reveal would push the announcement up from the traditional WWDC Steve Jobs keynote. Looks like Apple hasn’t rushed things after all; expect to see Apple’s next iPhone introduced, officially, June 7th.
    Probability: 100%.

    Kemungkinan besar, 90% mengatakan ya, bahawa telefon ini akan mempunyai fungsi video chat, sama seperti telefon pintar 3G sedia ada yang boleh membuat panggilan video, tetapi tidak pada iPhone 2G dan iPhone 3G.

    Juga, ura-ura bahawa Macbook Air akan dinaiktaraf juga hampir menjadi kenyataan apabila disokong 80% dalam petikan oleh Gizmodo. Tidak hairanlah Macbook White dijual RM200 lebih murah sekarang berbanding setahun lepas.

    Will there be a MacBook Air upgrade?
    The evidence for a MacBook Air upgrade is circumstantial, but it’s the right kind of circumstantial. It hasn’t been updated since last June, meaning it’s way overdue compared to its MacBook Pro cousins. Rumors have been cropping up more regularly. But the tipping point may have been last week, when Intel finally announced its ULV Core processors. It’s reasonable to assume that the MacBook Air hadn’t been updated because there was nothing to update to. Now that there is, expect Apple to jump.
    Probability: 80%.

    Untuk bacaan lanjut, sila maju ke WWDC 10: Here Comes the New iPhone, But What Else?

  • VeriSign umum kenaikan harga domain .com dan .net

    VeriSign umum kenaikan harga domain .com dan .net

    VeriSign, hari ini telah menaikkan harga domain TLD .com dan .net sebanyak 7% atau bersamaan dengan USD$0.48 berkuat kuasa pada 1 Julai 2010. Pendaftar domain di Malaysia mula mengeluarkan pengumuman bahawa mereka juga terpaksa menaikkan harga domain sebanyak RM 1.65 bagi mengelakkan syarikat menanggung kerugian selepas harga domain dinaikkan oleh VeriSign.

    NetKL antara yang pertama membuat pengumuman bahawa domain TLD mereka akan dinaikkan dari RM29.95 kepada RM31.60 setahun, antara yang terendah di Malaysia.

  • Projek Tafsir Malaysia

    Projek Tafsir Malaysia

    Projek Tafsir Malaysia ialah satu lagi projek jangka panjang Sisi Seni selepas menerbitkan majalah mereka, Sisa Se Saat. Projek ini akan menghimpunkan filem-filem pendek berkonsepkan patriotisme dan terbuka kepada semua, tak kira individu atau kelab-kelab sosial. Semua filem-filem pendek ini akan dikompil ke format DVD dan diselerakkan di seluruh Malaysia untuk tontonan umum. Sebarang info lanjut berkaitan program ini, anda boleh terus menghubungi Ezzat di talian 012-3482462 atau Cech 017-9023310.

  • Smart Camp Bersama Menuju Puncak

    Smart Camp Bersama Menuju Puncak

    Program anjuran Unit Kaunseling SMK Derma dengan kerjasama Bekas Pelajar SMK Derma SPM 2006 ini adalah program ulung yang seumpamanya di mana bekas pelajar yang kini digelar mahasiswa turun padang untuk memberikan taklimat tentang kursus yang dipelajari di universiti kepada adik-adik di SMK Derma. Seramai 120 peserta, semua pelajar tingkatan 5 menyertai program satu hari ini. Program ini dirasmikan oleh Pengetua SMK Derma, Pn. Norlia.

    Program Bersama Menuju Puncak ini ialah inisiatif ketua program, Nur Syazana Zahir dan dibantu oleh 20 orang fasilitator yang mewakili kursus dan Institut Pengajian Awam dan Swasta seluruh Malaysia — dibahagikan kepada tiga sesi iaitu Pengenalan Kursus, Hati ke Hati dan Permainan. Daripada pandangan saya, para peserta amat teruja dengan program ini dan banyak maklumbalas positif diterima. Semoga program ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang kerana pelajar akan mendapat pendedahan terus tentang kursus yang menanti mereka di universiti nanti.

    Gambar oleh Hafiz Hakimi dan Ahmad Zulhisyam, lagi set album gambar sekitar program di pautan.

  • Hive Hosting Perkenal Web SMS

    Hive Hosting Perkenal Web SMS

    Penyedia hosting berbayar Hive Hosting hari ini melancarkan perkhidmatan Hive Hosting Web SMS. Perkhidmatan nilai tambah ini meliputi SMS Promotion Blast, Notifikasi SMS, Pengumuman SMS, Peringatan SMS, penghantaran fail MMS, penghantaran VCARD dan banyak lagi. Sebagai promosi pelancaran, mereka mengumumkan untuk memberikan pendaftaran percuma kepada individu/syarikat yang berminat dan diberikan 10 kredit percuma. Harga kredit yang ditawarkan ialah serendah RM0.10 dan jika pembelian melebihi 1000 SMS kredit, anda hanya perlu membayar RM100 untuk 1,000 SMS.

    Pada pendapat saya, harga yang ditawarkan oleh Hive Hosting adalah berpatutan dan lebih rendah berbanding penyedia Web SMS yang lain di Malaysia. Jika anda berminat, anda boleh terus mendaftar secara PERCUMA dalam masa terhad ini. Maklumat lanjut di laman web Hive Hosting.