Saya mulakan hujung minggu saya dengan Personal Coaching Google Adsense bersama seorang guru di Bandar Perda, Seberang Perai Pulau Pinang. Saya terdetik untuk menyertai PC ini selepas menyedari hakikat yang akaun saya hanya mampu menghasilkan pendapatan tahunan berbanding orang lain yang berjaya menjadikan program ini sebagai pendapatan harian dan bulanan. Tiga jam PC di Restoran Kapitan Bandar Perda, bersama guru yang dikenali sebagai Moshed, banyak ilmu yang saya pelajari. InsyaAllah kalau ada rezeki, dalam beberapa hari lagi akaun saya akan berbungalah. :)
Kemudian, saya bersama rakan-rakan yang lain (trip ke Penang ini disertai oleh 5 orang) masuk ke pulau untuk bertemu saudara Jefri. Dia yang bekerja di sana sebagai Inspektor Kesihatan menanti kami di Komtar untuk membawa kami ke Chow Rasta mencari jeruk.
Chow Rasta dikenali umum dengan peniaga-peniaga berbangsa Cina, tapi ada juga beberapa buah kedai Melayu dan kedai jeruk ini adalah salah satu. Harga jeruk di sini ialah RM5 sekilogram. Lebih 10 kilogram kami borong untuk dibawa balik ke Perlis.
Sebelum pulang, kami ke Tajuddin Hussein yang lokasinya tidak dikenalpasti akibat jalan di negeri ini yang penuh dengan kekeliruan. Di sini saya sempat bertemu Hilmi Johan yang datang untuk bersua muka bersama saya. Kata Amran Ali (kiri), nasi ini sedap dimakan begitu sahaja kerana cukup masin dan ada aroma. Kata Irsyad (kanan), ayam masak ros dan kari sotong betul betul menambat perasaan. Selesai makan, kami segera pulang walau hati berat untuk meninggalkan pulau yang indah ini.
Other articles you might like;