Blog

  • Senarai Hotel & Homestay di Perlis

    Wood Valley Lodge Perlis

    Mencari hotel dan homestay untuk kunjungan ke Perlis bukanlah suatu yang sukar. Banyak homestay ‘tumbuh’ bagi menyediakan tempat singgah yang selesa untuk pengunjung. Berikut adalah senarai homestay di Kangar, Arau dan Kuala Perlis.

    Hotel di Kangar

    1. Putra Palace – Tel: (+604) 976 7755 Fax: (+604) 976 1049
    2. Hotel Federal – Tel: 04-9766288
    3. Hotel Sri Garden – Tel: +604-977 3701 / +604-977 3702 / +604- 977 3703
    4. Sri Kayangan Inn – Tel: 04-9768121/3039 FAX : 04-9764840
    5. Hotel Kangar – Tel/Faks : 04-9767225
    6. Hotel Malaysia – Tel : 04-9761366 Fax : 04-9761366
    7. Sooguan Villa Motel (Jejawi) – Tel : 04-9772250 Fax : 04-9772250
    8. Ayu Villa Hotel (Seriab) – Tel : 04-9762434 Fax: 04-9770450

    Hotel di Kuala Perlis

    1. Putra Brasmana – Tel : 04-976 7755 Fax : 04-976 1049
    2. Kuala Perlis Seaview – Tel : 04 – 9852171
    3. Hotel T – Tel : 04-9853888/9852888 Faks : 04-9855888
    4. Azika Motel & Restaurant – Tel : 012-5694149
    5. Q Motel – Tel: En Azmir (019-5280428) / Puan Jasniyati (012-5876054)

    Resort

    1. Bukit Ayer Jungle Park Resort – Tel: 04-9777285
    2. Teratai Putih Restaurant & Resort Padang Besar (U) – Tel : 04-9493549
    3. Tasoh Lake Resort & Retreat – Tel: 04 938 7186
    4. Wood Valley Lodge, Mata Ayer Tel: 017-215 0196
  • Mantra (2010)

    Filem seram ini mengangkat kisah penggunaan ilmu hitam kerana dendam dan kepentingan diri sendiri. Kisah bermula dengan pembukaan cerita di kawasan perkuburan di mana Muzir dianiaya oleh Hasbi demi melengkapkan ilmu hitam serta mendapatkan isteri Muzir. Akibatnya Muzir dipenjarakan seumur hidup.

    Di dalam penjara, Muzir berjaya mendapatkan ilmu hitam daripada Embah yang bakal menemui ajalnya. Namun, ilmu Muzir tidak sempurna kerana bilik penjaranya dikunci dengan ayat-ayat serta kalimah Allah. Lalu muncullah Pak Long, seorang warden penjara dan juga Pakcik kepada Muzir yang isterinya ditimpa musibah. Akibat cintakan isteri dan terdesak, Hafif telah bersetuju dengan syarat-syarat Muzir iaitu memadam ayat dan kalimah Allah di sekitar bilik penjara Muzir, menghidangkan tiga jenis hidangan untuk penjaga ilmu hitam dan mengambil tali pengikat pocong wanita yang mati kerana anak sulung menggunakan gigi.

    Setelah ayat dan kalimah Allah berjaya dipadam oleh Pak Long, maka berlakulah perubahan ilmu Muzir dengan air yang melimpah di dalam bilik penjara serta bayangan makhluk hitam yang memenuhi dinding penjara. Serentak dengan itu, Muzir muncul di dalam sebuah paya lalu melakukan pembunuhan sebagai makanan kepada ilmu hitam miliknya. Maka bermulalah pembalasan dendam kesumat Muzir terhadap Hasbi. via Sinemamalaysia.com

    P/s: Saya telah menonton filem genre seram ini, cerita ini digarap dengan baik oleh pengarah sehinggakan penonton tidak sedar bahawa Hasbi sebenarnya juga mengamalkan ilmu hitam tetapi bertopengkan amalan agama Islam bagi mengaburi mata ramai pihak termasuk ibu Ana, Tok Penghulu dan penduduk kampung. Pelakon seperti Hamdan, Bob Lokman dan Hasnul Rahmat sebenarnya membuatkan saya sedikit tergelak dalam beberapa babak kerana sebelum ini mereka banyak berlakon sebagai seorang yang kelakar seperti dalam cerita Rock dan Bob Lokman yang memainkan watak sebagai ‘Tok Guru’ amat menjadi. Tahniah.

  • Melayu

    Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu. Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya “Kerajaan Melayu” sekitar 1500 tahun dahulu sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya. Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan “Melayu” itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit “Malaya” yang bermaksud “bukit” ataupun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan “Melayu” berasal dari “Sungai Melayu” di Jambi.

    Di negara Malaysia, orang Melayu didefinisikan menurut perlembagaan dalam pekara 160(2). Menurut perkara ini, orang Melayu ditakrifkan sebagai:

    1. Seorang yang beragama Islam
    2. Bertutur bahasa Melayu
    3. Mengamalkan adat istiadat Melayu
    4. Lahir sebelum hari merdeka sama ada di Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) atau di Singapura atau pada hari merdeka, dia bermastautin di Persekutuan atau di Singapura.

    Takrifan undang-undang ini adalah ditetapkan demi keperluan politik di negara Malaysia. Maka dengan itu, ia adalah tidak menepati hakikat di mana sebenarnya terdapat juga orang Melayu yang bermastautin di luar Persekutuan Malaysia. Contohnya di selatan Thailand terdapat juga kelompok manusia yang bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengamalkan budaya orang Melayu. Penakfifan ini tidak sesuai untuk takrifan kaum Cina yang berbeza pertuturannya sebaliknya berkongsi tulisan dan adab resam yang sama dikalangan suku kaum-suku kaum yang berlainan.

    Rujukan: Madiana & Hasnah, 2000. Pengajian Malaysia, Shah Alam: Penerbitan Fajar Bakti, m.s. 140

  • Upgrading RAM Macbook White

    Upgrading RAM Macbook White

    Macbook White didatangkan dengan spesifikasi asas 2GB RAM, bagi sesetengah pengguna tegar seperti saya, 2GB RAM ini dirasakan tidak sepantas yang diharapkan kerana banyak perisian yang dijalankan serentak seperti VMWare Fusion — perisian yang membolehkan anda menjalankan sistem operasi yang lain seperti Windows XP atau Linux. Sabtu lepas saya bercadang untuk menaiktaraf sistem sedia ada dengan menambah 1GB RAM kepada Macbook White ini.

    Macbook White (Model 2009) didatangkan dengan 2 keping 1GB 1066 MHz DDR3 RAM. Harga untuk sekeping RAM 2GB 1066 MHz DDR3 ialah RM147 hingga RM155 bergantung kepada kedai yang anda beli.

  • Buluh dan Pulut

    Buluh dan Pulut

    Ular pantang disuap dengan buluh,
    Manusia pantang disuap dengan pulut.

  • AirAsia tergendala, MAS ada

    AirAsia tergendala, MAS ada

    Ini posting meramaikan tag dan keyword. Air Asia hari ini mengumumkan perkhidmatan tempahan tiket dalam talian di laman web mereka akan tergendala selama tiga hari bermula hari ini untuk kerja-kerja menaik taraf sistem tempahan tiket mereka. Berikut adalah paparan di laman web mereka.

    Dan ini adalah email yang saya terima daripada Malaysia Airlines, mengambil kesempatan atas penutupan perkhidmatan tempahan atas talian AirAsia.