Blog

  • Internet Percuma di Seksyen 7, SA

    Masuk hari ini, dah dekat dua bulan saya dan rakan-rakan tinggal di rumah burung Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam ini. Dan hari ini, ahli rumah secara besar-besaran menyambut kehadiran Internet di setiap laptop yang ada di dalam rumah. Masalah paling besar di sini ialah penerimaan gelombang talian telefon bimbit atau liputan telefon bimbit. Hal ini mengakibatkan talian telefon akan terputus sekiranya kami berada di dalam rumah. Oleh kerana Celcom Broadband juga berasaskan talian mobile ini, perkhidmatan mereka turut terjejas di sini.

    Fakta daripada sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa kawasan Pusat Komersial ini telah dimiliki oleh Info Age Berhad sebagai pembekal Internet di kawasan ini dan TMNet Streamyx tidak dapat memasuki kawasan ini. Jadi, kami sebagai penduduk tidak ada pilihan lain selain menggunakan perkhidmatan mobile broadband atau melanggan perkhidmatan Internet yang disediakan oleh syarikat tersebut.

    Kadar bagi perkhidmatan mereka boleh dirujuk di laman web rasmi mereka di www.infoage.com.my atau terus ke kaunter Info Age di Kompleks Bintang, Seksyen 7 Shah Alam. Saya pernah ke sana untuk bertanyakan plan yang sesuai dengan bajet kami. Untuk kelajuan 512kbps, saya perlu membayar RM50 sebulan sama seperti Celcom Broadband. Memandangkan kos pemasangan yang agak tinggi, kami mencuba pelbagai alternatif lain.

    Memandangkan jarak setiap rumah adalah dekat, satu kelebihan tinggal di sini ialah anda akan hidup dalam lingkaran gelombang Internet. Di rumah ini sahaja, lebih 10 access point WIFI yang aktif. Jadi, jika anda inginkan Internet percuma seperti saya, teruskan pembacaan di sini. :)

  • Piranha 3D Reviu

    Piranha atau Piranha 3D mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia. Saya diberi peluang menonton filem ini sehari lebih awal selepas mendapat pas media di Cathay Cineleisure Damansara, semalam. Sedikit pengenalan tentang filem ini daripada laman web The Movie Insider,

    From acclaimed director Alexandre Aja (“The Hills Have Eyes”) comes the new action thriller “Piranha 3D”, in the latest eye-popping 3D technology. A new type of terror is about to be cut loose on beautiful Lake Victoria. After a sudden underwater tremor sets free scores of the prehistoric man-eating fish, an unlikely group of strangers must band together to stop themselves from becoming fish food for the area’s new razor-toothed residents. But our heroine (Elisabeth Shue) is seriously outnumbered, and with only one chance to save the lake and her family from totally being devoured, she must risk everything to destroy the aquatic carnivores herself.

    Saya hampir dua kali terlihat trailer filem ini di pawagam sebelum ini. Pada pandangan pertama saya ialah ikan pirana dan perempuan di Tasik Victoria. Selepas 30 minit di dalam pawagam, tanggapan saya benar. Ceritanya berkisar tentang Tasik Victoria yang didiami oleh sejenis spesis ikan Piranha yang telah pupus 2 juta tahun dahulu selepas berlakunya rekahan di dasar tasik. Pada masa yang sama, tasik itu dihadiri oleh beribu-ribu pelajar yang sedang meraikan Spring Break mereka di sana.

    Ada diselitkan unsur kekeluargaan dan kasih sayang dalam filem ini walaupun keseluruhannya hanya menayangkan babak ikan, gadis dan ikan makan orang. Ceritanya berulang ulang sehingga peleraian apabila sebuah keluarga terselamat daripada gangguan ikan pirana. Saya kagum dengan efek janaan komputer dan sangat hebat! Saya pasti penonton akan beberapa kali terkejut dengan aksi tiba tiba yang mengujakan. Jika anda mencari filem yang banyak aksi berdarah di dalam air, pelaburan anda pasti berbaloi :)

  • Canon EOS 550D

    Canon EOS 550D

    Semalam saya sempat ke galeri Canon di KLCC. Sejak beberapa minggu lepas saya sudah melihat kelebihan kamera DSLR ini yang boleh mengambil gambar pegun dan video. Pertama kali memegang kamera ini dengan lensa 15-135 amat mengujakan dengan kebolehan mengambil video.

    Kamera dari siri ini adalah model kedua Canon yang mempunyai keupayaan merakam video selepas kamera Canon EOS 7D. Harga pasaran bagi model ini ialah RM3,888.00 dan lebih murah jika didapati daripada kedai foto. Cerita lanjut dan spesifikiasi Canon EOS 550D boleh didapati di dPreview.com.

  • Selamat Hari Raya

    Selamat Hari Raya

    Hai selamat hari raya
    Kami semua ucapkan
    Menikmati hidangan
    Yang kami sediakan
    Sila jamu selera
    Dengan bermacam hidangan
    Pilih yang mana suka
    Sila jangan la segan

    Rasalah ketupat ini
    Dengan rendang nya sekali
    Sudilah rasa kuih ku
    Pilihla yang mana satu

    Hai dihari begini
    Kita menjamu selera
    Kita bermaaf maafan
    Di suasana hari raya

  • Nasi Lemak Cinta Sayang

    Nasi Lemak Cinta Sayang

    Selamat datang ke Restoran dan Katering Nasi Lemak Cinta Sayang. Anda akan dihidangkan dengan pengalaman makan nasi lemak yang paling mengagumkan. Berikut disenaraikan harga makanan bagi set nasik lemak berserta segelas air. Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

    Nasi Lemak + Peparu + Telur Dadar + Nescafe O Ais = RM 5.20
    Nasi Lemak + Ayam = RM 4.30
    Nasi Lemak + Telur + Bilis + Kacang + Ayam + Teh O Limau Ais = RM 5.00
    Nasi Lemak + Ayam + Air Kosong = RM 5.50

    * Anda jangan tertanya kenapa jika harga berubah setiap masa, mungkin kerana saiz ayam berbeza atau komposisi nasi yang berbeza. Harap maklum :)