Blog

  • Politik Itu Kotor

    Politik Itu Kotor

    Saja nak berkongsi cerita dengan kawan-kawan yang sedang berjinak dengan politik. Sedarlah yang politik itu kotor kerana manusia. Manusia yang mengotorkan politik. Jauhi politik kotor, buat kerana niat yang betul. Jika kita mulakan sesuatu perkara dengan cara yang salah, maka pengakhirannya juga akan salah.

  • Majlis Perwakilan Penduduk

    Di sebuah taman, ditubuhkan satu sekateriat Majlis Perwakilan Penduduk atau dikenali dengan singkatan MPP. Tujuan penubuhan MPP adalah untuk memperjuangkan atau membela nasib penduduk Kampung Seri Alam yang dihuni lebih 200 keluarga. Atas nama membela dan memperjuangkan nasib penduduk, seluruh seisi kampung hidup dengan aman dan damai, di atas pemerintahan Penghulu Lokman. Disebabkan Penghulu Lokman sudah uzur, pelbagai spekulasi timbul bagi mencari penggantinya. Rata-rata mempunyai cadangan bagi menamakan calon bakal Penghulu.

    1. Nazirul – Mendapat taraf penduduk kampung  selepas berhijrah ke kawasan setempat. Bekerja sebagai guru besar. Pernah memegang jawatan sebagai ahli JKK Bandar Klang. Mempunyai pengaruh yang kuat di sekolah dan pengaruh di Bandar Klang terbawa-bawa ke Kampung Sri Alam. Disebut-sebut bakal menggantikan Penghulu Lokman. Ada khabar angin mengatakan bahawa beliau menjadi guru besar kerana pandai ‘kipas’. Pihak pembangkang menjadikan isu ‘kipas’ sebagai alasan untuk tidak mengundi beliau.

    2. Mokhtar – Bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan yang dianjurkan oleh MPP di bawah pimpinan Penghulu Mokhtar. Walaupun pernah berpengalaman menjadi Ketua Biro Sukan dan Permainan bagi Program Sukaneka Tahunan Kampung Sri Alam, namun beliau mempunyai semangat dan keazaman yang kuat untuk mengubah cara pemikiran penduduk kampung kepada yang lebih bertamadun. Beliau beranggapan bahawa beliau yang paling layak untuk menggantikan tempat Penghulu Lokman. Daripada pandangan orang ramai, beliau tidak mempunyai ciri-ciri yang sepatutnya ada pada seorang pemimpin. Namun semangat kentalnya tidak luntur dan tidak serik-serik mencari pengaruh dan melobi orang kampung untuk mengundinya.

    3. Azrul – Orang biasa, tetapi mempunyai kebolehan dalam menyelesaikan masalah dan bijak dalam merancang. Pernah dilantik sebagai Ketua Perhubungan Pemuda UMNU kawasan Sabak Bernam dan meletakkan jawatan atas alasan memberi tumpuan kepada kerjaya. Kembali ke Kampung Sri Alam selepas meraih pengalaman berharga di alam pekerjaannya. Sifat kepimpinannya tidak begitu terserlah tetapi pengaruh luar menaikkan namanya. Dijangka menjadi favourite sebagai pengganti Penghulu Lokman. Anugerah Pekerja Terbaik di tempat kerjanya turut membawa tempias khabar bahawa dia yang paling layak.

    Jika anda ialah penduduk Kampung Seri Alam, siapa yang akan anda pilih? Pilihan di tangan anda.

  • KH Kopi (King Herbs Cafe) – Kopi Kesihatan 100% Herba

    KH Kopi (King Herbs Cafe) bukanlah dibuat daripada biji kopi tetapi adalah ramuan ekstrak tujuh herba. Anda hanya perlu mengamalkan KH Kopi dengan meminum KH Kopi dua (2) kali sehari dengan sukatan 1 sudu teh KH Kopi dicampurkan ke dalam segelas air suam. Selepas minum KH Kopi, badan anda akan bertindak balas dengan bahan aktif di dalam KH Kopi lalu berpeluh atau lawas kencing kerana semua gula, garam, kolestrol, asid, toksik serta kotoran lain di dalam badan akan dicairkan dan dibuang melalui saluran roma, najis besar dan air kencing.

    KH Kopi berkhasiat untuk merawat penyakit-penyakit seperti yang disenaraikan dan anda tidak perlu bimbang kerana KH Kopi telah mendapat pengesahan di makmal.

    • KENCING MANIS – 7 HARI
    • BUASIR – 5 HARI
    • MIGRAIN – 2/3 HARI
    • DARAH TINGGI – 7 HARI
    • GHOUT – 2/3 HARI
    • BATU KARANG – 2/3 HARI
    • PENAT / ATHMA – 2/3 HARI

    Kekotoran yang dicairkan dan dibuang akan mengembalikan kesihatan manusia walaupun sebelum ini anda mengalami masalah kesihatan yang disebutkan di atas. InsyaAllah.

    • 1 botol 200g atau 1 kotak 6g x 30 sachet
    • Semenanjung Malaysia – RM25.90
    • Sabah & Sarawak- RM29.90

    Semua Pembayaran Adalah Selamat 100%! Dapatkan KH Kopi sekarang dengan harga yang terendah. Jika anda perlukan pertolongan, hubungi saya di talian 013-4257121 (Adam).

  • Penutupan Dermarian.com

    Assalamualaikum. Dengan ini dimaklumkan bahawa laman web Dermarian.com akan ditutup mulai 30 Julai 2010 kerana pihak pentadbir mendapati bahawa laman web ini tidak digunakan sepenuhnya oleh para pengguna. Selain daripada itu pentadbir juga tidak mempunyai staf yang cukup untuk mentadbir laman web ini disamping laman web ini mula diserang oleh spam.

    Terima kasih atas sokongan anda sepanjang 5 tahun kewujudan Dermarian.com

    Adam Roeslani Roslan

  • Ilham

    Hari Rabu. Kelas fevret gua harini, Bahasa Jerman. Informal survey yang gua buat dalam dua hari ni ramai yang setuju yang third language punya subject sangat disukai oleh budak budak degree di sini.

    Lepas class Frau Siti, tiba class penulisan skrip. Apa yang pantang gua bila masuk kelas ni ramai dan padat. Macam mana nak wujud suasana pembelajaran yang khusyuk pun taktau. Nak mengelak daripada berbual kosong, gua bukak blog sifu gua. Wow, 573 USD untuk sebulan. Sifu dah maintain sehari 10 USD, anak buah bila lagi nak mula merasa 1 USD sehari?

    Gua fikir kalau dia boleh maintain macam tu plus upgrade sikit, dah boleh angkat sama Mercedes SLK idaman dah tu. Saja nak kongsi kata kata seorang lagi sifu IM, Uncle Zin daripada Facebook beliau berkata, “Bila kita lihat org berjaya dan lihat bukti kejayaan org itu, kita rasa kita boleh berjaya! Tapi tahukah anda jerit perih org itu lalui untuk berjaya! Kalau org itu jutawan maka kepala otak kita nak jadi jutawan dulu daripada nak tahu pengalaman yg pahit jerih itu.Sabenarnya utk Berjaya tidak ada jalan mudah kerana org2 ini memang telah melalui pengalaman yg benar2 mencabar sabelum berjaya! Tak percaya? Tanya mereka!

    P/s: Gua nak menuntut dengan Sue Sefoden cara tanam pokok kertas selepas terpaksa jual perniagaan pokok balak kepada pihak lain.

  • Direktori Kedai Makan Seksyen 7

    Pembuka Kata

    Dah tiga minggu gua kat sini, terkurung dalam rumah kotak yang terbatas dengan perhubungan dunia luar. Mana tidaknya, rumah di Pusat Komersial ni macam peti besi gamaknya. Masuk saja pintu, line telefon terus hilang. Macam iPhone 4. Memandangkan betul bermasalah di sini, kami akan lari jauh dari kesesakan. Amzar Anaqi yang hari hari mengadu disaman Polis akibat salah parkir, hari ini Hilmi Johan pulak disaman MBSA. Rasanya itu kerja depa bila tak lepak minum.

    Kelas

    Dengan jam kredit yang menghampiri 30, kelas sehari sangat ketat. Lepas kelas ada kelas, lepas kelas ada kelas lagi. Bila masa nak bersosial? Tambah pulak kelas yang ramai, kalau kelas mula jam 8.30, 8.00 dah kena ada dalam kelas ‘chup’ seat depan. Kalau mai lewat, bahana kena duduk berkongsi. Macam mana nak menulis kalau satu meja kongsi 3 orang?

    Makan

    Landmark Pusat Komersil Seksyen 7 Shah Alam ialah KFC dan Pizza Hut. Mula-mula masuk dah nampak restoran segera. Masuk lagi nampak Restoran Kayu, Restoran Barra, Restoran Molek, Restoran Nasik Lemak Cinta Sayang, belakang sekali Restoran Pak Abu. Semua kedai makan ni set mentekedarah sikit, tolak Nasik Lemak Cinta Sayang. Alternatifnya, Restoran Mulus, Restoran Salmi Manje dan Restoran Umi menjadi pilihan.

    Kedai mahai tak ada orang, kedai murah orang ramai. Berpusu-pusu dengan meja tak cukup. Sampai ada kena makan berdiri la setengah. Semua ni psikologi, letak meja sikit cepat halau orang, tak ada la orang melepak.

    Parking

    Bawak superbike tak ada hal la kat sini, tapi kesian kat brader-brader yang bawak kereta. Parking belakang rumah adalah alternatif sebab lorong tu gelap. Tak ada siapa berani parking sana. Kesian geng Wira RE dan KBJ, mengadu kena saman-hari hari. Kat sini satu hal, nak masuk Fakulti pun satu hal jugak. Macam nak ke kelas, alang-alang bangun pukul 6, lepas Subuh terus gerak ke Fakulti. Parking dalam kotak, dalam kelas dapat duduk depan.

    Kursus

    Sampai hari ini, gua fikir semua orang suka dengan subjek third language. Kesian tengok geng PR kena salin satu chapter atas alasan tak beri tumpuan masa pembelajaran. Third language macam masuk tadika balik — belajar ABC 123 dalam bahasa asing. Ich liebe dich!

    P/s: Harini dalam sejarah, 20 Julai 2010. Gua tuang kelas. Belajar tulis semula.