Blog

  • Biasiswa Yayasan Bank Rakyat

    Yayasan Bank Rakyat mempelawa anak-anak anggota Bank Rakyat yang berkelayakan untuk memohon biasiswa/pinjaman pendidikan boleh ubah(PPBU) bagi mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta dan Institut Latihan Awam/Swasta di dalam negeri. Jumlah tajaan bagi biasiswa bergantung kepada peringkat pengajian seperti berikut:

    • Ph. D: Maksimum RM14,000 setahun
    • Ijazah Sarjana: Maksimum RM12,000 setahun
    • Ijazah Sarjana Muda: Maksimum RM9,500 setahun
    • Profesional: Maksimum RM9,500 setahun

    SYARAT DAN KELAYAKAN PEMOHON
    Melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta (IPTA/IPTS) di dalam negeri secara sepenuh masa.

    1. Syarat dan kelayakan akademik

    • a. Peringkat Ijazah Kedoktoran (Ph.D)
      Perlu berkelulusan Ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh Universiti berkenaan.
    • b. Peringkat Ijazah SarjanaSekurang-kurangnya berkelulusan:
      Ijazah Sarjana Muda Kelas Kedua Tinggi.
    • c. Peringkat Ijazah Sarjana Muda
      Sekurang-kurangnya berkelulusan:
      Matrikulasi dengan CGPA 3.0 ke atas atau
      Sijil Tinggi Pelajaran (STPM) dengan 4A atau
      Sijil Tinggi Agama (STAM) dengan kelulusan yang setara dengan STPM atau
      Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas
    • d. Peringkat Program Profesional
      Sekurang-kurangnya berkelulusan:
      Ijazah Sarjana Muda dengan CGPA 3.0 ke atas atau
      Diploma dengan CGPA 3.0 ke atas atau
      Lulus di peringkat 1 program profesional berkenaan dengan kelulusan setaraf dengan CGPA 3.0.

    2. Bidang pengajian

    • a. Ijazah Kedoktoran (Ph.D), Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam semua bidang pengajian (diiktiraf oleh MQA).
    • b. Program Profesional meliputi ACCA, CPA, CFP, CIMA, ICSA, MICPA dan program-program lain seumpamanya yang diiktiraf oleh industri.

    3. Syarat am

    • a. Umur tidak kurang dari 18 tahun semasa membuat permohonan biasiswa dan tidak melebihi 30 tahun semasa tamat pengajian (40 tahun bagi Ph.D sahaja).
    • b. Pelajar tahun pertama pengajian.
    • c. Seorang penjamin.

    BORANG DAN TARIKH TUTUP

    Tarikh tutup permohonan ialah 31 Julai 2010 dan klik sini untuk mengisi borang online.

  • Rass Gallery

    Rass Gallery

    Hari ini saya akan membawa anda sekalian untuk mengunjungi Galeri Seni Rass Gallery yang terletak di Jalan Besar Kangar, Perlis bersebalahan dengan OZ Homme. Galeri seni ini terletak di tingkat atas bilik pameran Rass Gallery.

    (more…)

  • Ketahui Keputusan Ijazah UiTM hari ini

    Keyword trending paling hangat pada hari ini ialah berkenaan keputusan Ijazah lepasan Diploma Universiti Teknologi Mara. Bagi anda yang masih tercari-cari bagaimana untuk melihat surat tawaran, anda boleh terus ke laman web iStudent UiTM atau ke http://istudent.uitm.edu.my/intake/default.asp.

  • Keputusan Permohonan UPU hari ini

    Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Radin Umar Radin Sohadi berkata, daripada jumlah itu, 28,663 orang atau 70.7 peratus adalah bumiputera, 9,569 (23.6 peratus) calon Cina dan 2,304 (5.7 peratus) calon India serta lain-lain. Menurutnya, seramai 22,967 (56.7 peratus) adalah calon aliran sains manakala 17,539 (43.3 peratus) merupakan calon sastera.

    Kata beliau, keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi program pengajian lepasan STPM dan setaraf boleh disemak mulai pukul 12 tengah hari esok (18 Jun) melalui laman web http://jpt.uum.edu.my, http://www.jpt.utm.my dan http://upu.mohe.gov.my.

    Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA juga boleh disemak melalui hotline (03-88835858), helpline (03-88835848) atau sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888 dengan menaip UPU RESULT diikuti nombor kad pengenalan.

    Radin Umar berkata, semua IPTA akan mengeluarkan surat tawaran rasmi kepada calon yang berjaya mulai 19 Jun dan calon perlu mengesahkan penerimaan tawaran sebelum 24 Jun melalui laman web IPTA berkenaan.

    Katanya, calon yang gagal menerima tawaran pula boleh mengemukakan rayuan melalui aplikasi e-rayuan melalui http://upu.mohe.gov.my dalam tempoh 10 hari selepas keputusan rasmi diumumkan.