Blog

  • Suzanne Brautigam – Muah

    Suzanne Brautigam – Muah

    Dua tiga kali sebelum ini saya ada dengar lagu rancak ini di Restoran Mulus — kedai makan bawah rumah yang kami selalu lepak. Hari-hari kedai ini akan memasang THR Gegar melalui set dekoder Astro-nya. Sejak daripada itu saya turut terjebak untuk mendengar THR Gegar melalui Astro apabila berada di rumah. Baru-baru ini, dalam carta THR Gegar, sebuah lagu yang dimaksudkan telah menjadi juara. Lagu ini saya tidak pernah saya dengar dimana-mana stesen radio kecuali di THR Gegar. Suka untuk saya kongsikan di sini. Lagu bertajuk Muah nyanyian Nor Suzanne Brautigam, 20 ini enak didengar.

    (more…)

  • Makan Tomyam di Johnny’s

    Mungkin sebab balik Kangar haritu tak pekena Esah Tomyam di Utan Aji, saya buat keputusan untuk makan sup ruji masyarakat Thailand di sebuah restoran yang dinamakan Johnny’s. Walaupun dirancang pada saat saat akhir, akhirnya berjaya juga merasa Tomyam. Layan dengan 4 ekor udang besar dan hirisan ikan.



    Makan Tomyam di Johnny’s, originally uploaded by adam.roslan.
  • Percuma USD50 dengan Paybox.me

    Percuma USD50 dengan Paybox.me

    PayBox.me ialah satu mata wang dalam talian dan gerbang pemprosesan pembayaran seperti PayPal untuk memudahkan jual beli secara dalam talian. Sehingga hari ini, PayBox masih lagi dalam peringkat percubaan dan mereka sedang menjemput Early Bird untuk menjadi pengguna terawal mereka. Selepas pelancaran, mereka bersedia untuk menyediakan perkhidmatan berikut;

    • Pindahan Wang Pengguna-ke-Pengguna
    • Intergrasi sistem – modul untuk semua shopping cart
    • Intergrasi di semua kedai dalam talian
    • Kad Debit dirangkai dengan PayBox
    • dan Tukaran Matawang dengan semua Mata Wang Utama Dunia

    (more…)

  • Keputusan Piala Malaysia 17 Sept

    Keputusan Piala Malaysia Perlawanan Kedua, 17 September 2010

    Time Home Away
    8:45:PM Negeri Sembilan vs Kuala Lumpur, PLUS FC
    8:45:PM Selangor PKNS 0 – 1 Kelantan
    8:45:PM Pahang vs Kuala Lumpur
    8:15:PM Sabah 2 – 2 Terengganu
    8:45:PM Kedah 2 – 0 Perak
    8:45:PM ATM 0 – 1 Johor FC
    8:45:PM Terengganu PBDKT T-Team 4 – 0 Perlis
    8:45:PM Kuala Lumpur Felda United FC 1 – 4 Selangor

    Permainan Perlis Kuala Terengganu tidak menjadi malam ini. Beberapa kelalaian telah memberi peluang kepada Terengganu T-Team untuk menang besar keatas Singa Utara.

  • Burger Ayam Roti Gardenia

    Akibat kehabisan roti burger, saya memberi idea kepada pekerja Cenderawasih Kafe untuk menggantikannya dengan Roti Gardenia yang dibakar sedikit. Jika anda tercari-cari kedai makanan barat yang terbaik, anda boleh ke Cenderawasih Kafe di Gua Cenderawasih. Anda mesti cuba Sup Cendawan dan Chicken Chop yang menyelerakan!



    Burger Ayam Roti Gardenia, originally uploaded by adam.roslan.
  • Reviu Perlis lwn Felda United FC

    Reviu Perlis lwn Felda United FC

    Perlawanan pembukaan di Stadium Utama Negeri Kangar membawa tuah kepada pasukan Singa Utara apabila berjaya mengalahkan pasukan berstatus kelab, Felda United FC 3-2 di sini. Walaupun bermula dengan berhati-hati pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mula menunjukkan taring mereka selepas sepak mula separuh masa kedua. Gol pertama Felda United yang berpunca daripada sepakan penalti berjaya disempurnakan oleh Faturazi Rozi (m-49) untuk gol pertama. Gol penyamaan Perlis dijaringkan oleh Ahmad Fakri Saarani pada minit ke 55.

    (more…)