Hari ini selesai satu lagi kelas coaching laman web yang saya sediakan kepada rakyat negeri Perlis. Alhamdulillah. Duit yuran tu akan digunakan untuk meneruskan lagi perjuangan dalam menempuh semester depan. Bila dikaji, semester depan sememangnya memerlukan Adam untuk melabur lebih banyak wang dalam banyak aspek. Berbalik kepada tajuk, biasanya pelajar atau mahasiswa akan meneruskan semester mereka dengan ditanggung oleh pinjaman PTPTN (sekarang kos pentadbiran dikurangkan kepada 1%). Tetapi, tidakkah menjadi beban pada masa depan yang duit pinjaman ini perlu dibayar kelak?
Hari ini saya berkenalan dengan satu pelaburan yang sudah lama terkenal di Malaysia iaitu pelaburan emas. Ya, emas dan dinar. Saya terjumpa satu artikel yang ditulis dimana penulisnya menyarankan kita sebagai peminjam PTPTN untuk bijak menggunakan wang pinjaman untuk membeli emas. Fahami potongan ayat di bawah.
Tips pada kali ini ialah, laburkan 20%-30% wang pinjaman setiap semester kepada emas. Mengapa saya pilih emas? Ini kerana emas merupakan aset dan pelaburan yang mempunyai security yang paling tertinggi dan selamat di dalam kelasnya.
(more…)