Blog

  • Honda bakal lancar CBR 250

    Honda bakal lancar CBR 250

    Boon Siew Honda Malaysia bakal membawa masuk Honda CBR 250 dalam usaha menambah koleksi motorsikal edaran mereka dalam pasaran motorsikal Malaysia. Saya masih menanti maklumat lanjut daripada Boon Siew Honda tentang tarikh sebenar pelancaran motorsikal ini. Tunggu.

  • Result UiTM Hari Ini

    Result UiTM Hari Ini

    Saya fikir trending untuk hari ini dan esok ialah result peperiksaan akhir semester UiTM. Macam biasa, apabila hari kejadian, keadaan server UiTM akan menjadi sesak pada waktu puncak dan semangat yang berkobar-kobar akan terkubur dek kesesakan ini. Ura-ura mengatakan bahawa pihak pentadbiran UiTM akan mengubah sistem pengumuman keputusan dengan menghantar keputusan itu kepada email setiap siswa. Saya sedang mencari bukti sahih daripada profail Dato’ VC UiTM tetapi gagal.

    Hari ini, sekitar jam 10.00 pagi, saya dan beberapa orang rakan sempat untuk memeriksa dan selang sejam kemudian, pentadbir Student Portal telah menutup pautan untuk memeriksa keputusan. Saya sempat mendapatkan pautan dengan menggunakan pautan ini, Result UiTM.

    Alternatifnya, gunakan Mini Transkrip di Student Portal untuk melihat result atau tunggu esok, 10 Disember ;)

  • Diskaun Saman Polis Trafik

    Polis di Raja Malaysia menawarkan insentif terhadap kompaun yang dikenakan kepada pesalah lalu lintas dengan syarat yang berikut,

    1. Semua saman yang diisu pada 30 November 2010 akan mendapat insentif 50% daripada jumlah asal saman, kecuali saman yang bernilai RM30.
    2. Semua saman yang diisu selepas 30 November 2010, jika diselesaikan dalam tempoh 15 hari daripada tarikh diisu akan mendapat potongan 50%, 16-30 hari mendapat 30% dan selepas tempoh ini, insentif tidak akan diberikan.

    Oh, patutlah harini balai trafik Kangar berduyun duyun orang. Berjela-jela saman dibayar. Ringan sikit beban rakyat, minyak dah naik, mansuhkanlah apa-apa yang patut. Sebagai alternatif, anda boleh membuat pemeriksaan dan bayaran online di www.rilek.com.my ;)

  • RM420 daripada Google Inc.

    RM420 daripada Google Inc.

    Google AdSense

    Pelaburan kira-kira dua bulan lepas menemui hasil dan hari ini merupakan hari menuai hasil. Setelah beberapa teknik dipelajari, teknik ini merupakan teknik paling ho-liau yang pernah saya gunakan. Saya berminat untuk berkongsi tentang teknik ini jika ada pembaca yang berminat kerana teknik ini agak ‘rahsia’ dan saya boleh dedahkan kepada yang berminat sahaja :)

    Bila duit berjaya di cash-in di bank menggunakan Western Union, timbul bermacam-macam perkara di dalam pemikiran. Wishlist yang dicipta pada awal-awal semester dulu mula disenaraikan mengikut kepentingan, cuba-cuba untuk menunaikan hasrat dihati.

    (more…)

  • No Plate Kenderaan Malaysia Terkini

    No Plate Kenderaan Malaysia Terkini

    Artikel Sistem Nombor Pendaftaran Kenderaan di Malaysia mendapat sambutan pengunjung yang datangnya daripada enjin carian, sekali lagi saya kongsikan real-time nombor pendaftaran terkini di Malaysia.

    Anda boleh membuat semakan di laman web rasmi JPJ atau melalui pautan ini, Nombor Pendaftaran Kenderaan Terkini.

    (more…)