≡ Menu

Bayar PTPTN guna Emas

Emas 999Hari ini selesai satu lagi kelas coaching laman web yang saya sediakan kepada rakyat negeri Perlis. Alhamdulillah. Duit yuran tu akan digunakan untuk meneruskan lagi perjuangan dalam menempuh semester depan. Bila dikaji, semester depan sememangnya memerlukan Adam untuk melabur lebih banyak wang dalam banyak aspek. Berbalik kepada tajuk, biasanya pelajar atau mahasiswa akan meneruskan semester mereka dengan ditanggung oleh pinjaman PTPTN (sekarang kos pentadbiran dikurangkan kepada 1%). Tetapi, tidakkah menjadi beban pada masa depan yang duit pinjaman ini perlu dibayar kelak?

Hari ini saya berkenalan dengan satu pelaburan yang sudah lama terkenal di Malaysia iaitu pelaburan emas. Ya, emas dan dinar. Saya terjumpa satu artikel yang ditulis dimana penulisnya menyarankan kita sebagai peminjam PTPTN untuk bijak menggunakan wang pinjaman untuk membeli emas. Fahami potongan ayat di bawah.

Tips pada kali ini ialah, laburkan 20%-30% wang pinjaman setiap semester kepada emas. Mengapa saya pilih emas? Ini kerana emas merupakan aset dan pelaburan yang mempunyai security yang paling tertinggi dan selamat di dalam kelasnya.

Sebagai contoh pengiraan :-
Pinjaman PTPTN setiap semester ialah RM 3500.
20% – 30% dari RM 3500= RM 700 – RM 1050
Harga 1 dinar emas sekarang (16/8/2010) ialah RM 580.

Setiap semester, laburkan 20% – 30% itu untuk membeli emas. Dalam kes ini, anda dapat membeli dan mengumpul emas 1 dinar setiap semester. Katakan tempoh pengajian anda ialah 8 semester dan jika anda tertib mengumpul dan sabar(berkorban dari berseronok), selepas tamat belajar anda dapat mengumpul sebanyak 8 dinar.

Sekarang ialah tahun 2010 dan anggaran anda tamat belajar ialah pada tahun 2014.
Kenaikan harga emas selepas 4 tahun ialah 108% dengan andaian purata kenaikan harga emas ialah 27% setiap tahun. Jadi, setiap 1 dinar emas anda pada awal tahun 2015 ialah, RM 580 x 108% = RM 1206
Anda dah kumpul 8 dinar semasa belajar di universiti dan selepas tamat belajar iaitu pada tahun 2015, nilai dinar emas anda ialah, 8 dinar x RM 1206 = RM 9648. via Danishgold

Jelas? Terima kasih atas perkongsian yang hebat. Saya akan lebih banyak berkongsi tentang pelaburan emas dan dinar ini pada masa akan datang. InsyaAllah.

Other articles you might like;

3 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3