Blog

  • Review Part 3 Broadcasting

    Hai. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Penyiaran di UiTM Shah Alam. Tak lama lagi kita akan bersama-sama berselisih di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam yang terletak jauh di atas bukit sana.

    Suka untuk saya berkongsi pengalaman lepas tentang subjek yang dipelajari sepanjang semester lepas. Mungkin boleh dibuat panduan, yang buruk dijadikan sempadan. Hal hal kehidupan, adik adik boleh fikir sendiri lah ya!

    Berikut adalah kursus yang ditawarkan untuk Semester 3:

    1. BEL482 – BUSINESS AND PROFESSIONAL COMMUNICATION – TF
    2. BGM401 – GERMAN LANGUAGE I – TF
    3. BRO530 – RADIO BROADCASTING – TF
    4. BRO531 – SCRIPT WRITING FOR ELECTRONIC MEDIA – TF
    5. BRO532 – ANIMATION TECHNIQUES – TF
    6. COM566 – COMMUNICATION RESEARCH AND METHODS – F
    7. CTU553 – ETHNIC RELATIONS – F
    8. JRN412 – ONLINE JOURNALISM – TF
    9. LIB501 – MANAGEMENT – TF

    (more…)

  • Piala AFF Suzuki 2010: Laser Hijau, Siapa Mula Dulu?

    Insiden perlawanan Malaysia dan Indonesia pada perlawanan Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010 dihentikan selama lima minit pada minit ke-55 menjadi isu panas pada perlawanan tersebut selepas kerap dikomplen penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina. Kejadian tersebut memaksa kelibat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah turun padang untuk memperbetulkan keadaan.

    (more…)

  • Keputusan Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010 – Malaysia lwn Indonesia

    Tamat sudah separuh masa pertama Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010Malaysia lwn Indonesia dengan seri tanpa jaringan gol. Malaysia lebih banyak menyerang diselangi serangan daripada Indonesia. Malaysia mengutip 3 kad kuning pada separuh masa pertama.

    (more…)

  • 500 Blog

    Bersosial seperti blog walking dan meninggalkan komen amatlah dituntut dalam dunia blogging. Ben Ashaari hari ini melancarkan satu aktiviti menarik untuk mengumpulkan blogger dalam satu permainan harta karun. Sebanyak 500 blog akan dikumpul dan ‘harta karun’ akan disembunyikan di laman blog yang terpilih. Bagaimana untuk turut serta? Klik gambar di bawah.

    Mengenai Saya

    Adam Roslan. 21 Tahun. Menulis sejak 2006 sebagai hobi dan medium menambah kenalan. Tajuk yang dibawa tidaklah terlalu berat, sekadar berkaitan hobi dan aktiviti dimasa lapang. Juga berita-berita terkini gajet selain teknik menjana pendapatan daripada Internet ;)

  • Promo Anugerah Juara Lagu ke-25

    Nampaknya, kemenangan Anugerah Juara Lagu (AJL) 24 dalam Anugerah Skrin 2010 memberi publisiti percuma menjelang AJL 25 pada 9 Januari nanti. Jom sama-sama layankan Promo AJL ke 25.

    (more…)

  • Pemenang Anugerah Skrin 2010

    Anugerah Skrin 2010 sedang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC Kuala Lumpur. Berikut adalah juara bagi kategori-kategori yang dipertandingkan ;)

    • Rancangan Realiti Terbaik – Showdown 2010 Episod 10.
    • Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) – Fazura (Pisau Cukur)
    • Pelakon Pembantu Lelaki Tebaik (Filem) – Aaron Aziz
    • Filem Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu 2010
    • Anugerah Yasmin Ahmad – Shaheizy Sam
    • Drama Rangkaian Terbaik 2010 – Nur Kasih
    • Anugerah Filem Terbaik 2010 – Mualaf
    • Anugerah Drama Terbaik 2010 – Antara Garisan