
Klik untuk gambar
Malam ini, tepat jam 9 malam Anugerah Juara Lagu ke 25, panggung Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur akan dibuka dengan menyaksikan pertarungan sengit 14 buah lagu yang bertanding tahun ini.
Tahun lalu memperlihatkan keunggulan gandingan komposer dan penulis lirik terkenal, Pete Teo dan Amran Omar dijulang sebagai juara menerusi lagu Pergi nyanyian Aizat.
Manakala naib juara pula menjadi milik lagu Dan Sebenarnya karya sepenuhnya oleh Yuna sementara gabungan Audi Mok dan Faizal Tahir pula memenangi tempat ketiga untuk lagu Bencinta.
Untuk tahun ini, karya manakah yang akan mengikut jejak langkah lagu Pergi dan 23 buah lagu lain yang pernah dinobatkan dengan gelaran Juara Lagu.
Syed Shazni telah mengevolusikan teknik perniagaan di Facebook dengan membina sebuah sistem integrasi antara Facebook dan Online Shopping Cart, lalu mewujudkan Sistem Kedai Facebook.
Daripada pandang pertama, anda perlu menggunakan Fan Page anda sebagai laman web jualan. Di sana, sistem ini akan membolehkan Fan Page anda sebagai Shopping Cart.

Lebih kemas dan tersusun. Memudahkan pencarian produk.
Beberapa hari lepas, Yayasan Bank Rakyat telah menghantar SMS kepada semua calon yang memohon Biasiswa Yayasan Bank Rakyat pada sesi 2010 lepas. Keputusan untuk panggilan temuduga akan diumumkan pada 10 Januari 2010 melalui laman web rasmi Yayasan Bank Rakyat.
atau

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia.
Nah, hari ini merupakan kali keempat saya membuat cash out daripada program pengiklanan Google AdSense. Alhamdulillah, pendapatan ini akan digunakan sepenuhnya sebagai funding hadiah untuk diri sendiri sempena Konvokesyen yang lepas.

Ramai yang kurang jelas bagaimana dengan meletakkan iklan di blog atau laman web boleh dibayar. Caranya sangat mudah. Jika laman blog anda mendapat kunjungan daripada pelawat dengan kerap (atau dipanggil traffic), jadi pengiklan akan meletakkan iklan yang berkualiti di laman web kita. Jika ada pelawat klik, anda akan dibayar. Caranya sangat mudah!
PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) mengambil pendekatan berani apabila menyenaraikan hampir 100 peratus tenaga baru dan muda bagi menggalas cabaran kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2011.
Demikian pendapat Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai pendekatan skuad Singa Utara bagi kempen 2011 yang menggabungkan pemain muda dan berpengalaman serta jurulatih baru, Mosthakeen Omar.
“Perlis atau Singa Utara adalah jenama yang cukup hebat dalam Liga Malaysia kerana pernah menjuarai piala berprestij, Piala Malaysia dua kali selain beberapa kali muncul naib juara Piala FA dan melahirkan ramai pemain berbakat. “Justeru langkah menyenaraikan hampir keseluruhannya barisan baru dan muda ini termasuk pemain Bawah 21 Tahun boleh disifatkan sebagai satu eksperimen berani dan berdasarkan beberapa kriteria pemilihan serta kelebihan dimiliki, kita yakin skuad ini bukan saja mampu mempamerkan prestasi cemerlang malah tidak mustahil menjulang Piala Malaysia 2011,†katanya.
Shahidan berkata, sekalipun tiada pemain bertaraf bintang seperti pencabar lain, Perlis memiliki kepantasan, semangat juang tinggi serta skil tetapi sejauh mana ia berkesan memberikan kemenangan, keupayaan sebenar akan dapat dinilai pada tiga perlawanan awal Liga Super.