Hai. Tahniah kepada adik-adik yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam Ijazah Sarjana Muda Penyiaran di UiTM Shah Alam. Tak lama lagi kita akan bersama-sama berselisih di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam yang terletak jauh di atas bukit sana.
Suka untuk saya berkongsi pengalaman lepas tentang subjek yang dipelajari sepanjang semester lepas. Mungkin boleh dibuat panduan, yang buruk dijadikan sempadan. Hal hal kehidupan, adik adik boleh fikir sendiri lah ya!
Berikut adalah kursus yang ditawarkan untuk Semester 3:
- BEL482 – BUSINESS AND PROFESSIONAL COMMUNICATION – TF
- BGM401 – GERMAN LANGUAGE I – TF
- BRO530 – RADIO BROADCASTING – TF
- BRO531 – SCRIPT WRITING FOR ELECTRONIC MEDIA – TF
- BRO532 – ANIMATION TECHNIQUES – TF
- COM566 – COMMUNICATION RESEARCH AND METHODS – F
- CTU553 – ETHNIC RELATIONS – F
- JRN412 – ONLINE JOURNALISM – TF
- LIB501 – MANAGEMENT – TF
BEL482 – BUSINESS AND PROFESSIONAL COMMUNICATION
Seperti tajuk, anda akan belajar bagaimana untuk menjalankan mesyuarat dengan cara formal dan informal, selain daripada belajar menulis minit mesyuarat. Anda ke kelas untuk berbincang cara cara bermesyuarat dan menulis minit. Final test ialah mengadakan satu mesyuarat rasmi dan satu mesyuarat tidak rasmi dan membuat mini mesyuarat. Tiada final untuk subjek ini.
BGM401 – GERMAN LANGUAGE I
Guten Morgen! Anda akan belajar cara-cara untuk memperkenalkan diri dalam bahasa Jerman, belajar menyebut abjad dalam bahasa Jerman dan membilang dari 0 hingga 9,999,999,999 dalam bahasa Jerman ;) Projek akhir bagi subjek ini ialah menyiapkan satu short filem berdasarkan tema yang diberikan. Contohnya, tema kekeluargaan untuk semester lepas. Kami diwajibkan menyiapkan short filem yang memperkenalkan keluarga anda dalam bahasa Jerman. Jika anda tidak minat Jerman, anda boleh pilih Arab, Jepun atau French. Tips, selalu datang ke kelas kerana ada latihan untuk carrymarks. Tiada final.
BRO530 – RADIO BROADCASTING
Ini subjek fevret. Anda akan belajar bagaimana untuk menjadi seorang Disc Jockey (DJ) yang baik, pengenalan kepada peralatan di konti radio dan banyak lagi aspek teknikal di sentuh. Di akhir semester anda perlu menyiapkan tiga rakaman suara berdasarkan segmen seperti ‘Tahukah Anda’, ‘Hari Ini Dalam Sejarah UiTM’ dan ‘Info Tips’. Anda perlu belajar menulis skrip untuk radio, membuat bacaan dengan nada ala RTM dan akhirnya rakaman anda akan dipasang di Radio UFM dan Radio Malaysia Selangor. Perlu diingatkan, walaupun tiada Final Exam. Anda perlu bertindak cepat kerana untuk membuat recording memerlukan masa yang panjang selain daripada mendapatkan suara yang perfect untuk direkod. Booking studio awal-awal untuk mengelakkan kesesakan dan selalu berjumpa Ustaz Ghani untuk konsultasi.
BRO531 – SCRIPT WRITING FOR ELECTRONIC MEDIA
Anda perlu menulis skrip untuk Public Service Announcement, selain daripada membuat pitching dan skrip. Subjek ini tiada final tetapi projek akhir untuk subjek ini ialah menyiapkan skrip 70 babak dengan idea rekaan anda sendiri. Untuk individu, anda kena buat skrip untuk dokumentari. Tidak susah kalau ikut format yang betul dan selalu konsult dengan pensyarah anda, En. Shahnon Salleh
BRO532 – ANIMATION TECHNIQUES
Berangan-angan menjadi animator? Anda akan diajar untuk membuat animasi dengan pelbagai teknik seperti clay atau flipbook. Mungkin menjadi favourite sesetengah pelajar, tetapi on going project yang banyak boleh menjadikan anda bekerja di bawah tekanan. Perlu menyiapkan projek animasi dan assignment individu seperti flipbook, merchandise dan concept board. Anda diajar membuat simple animation menggunakan Adobe Photoshop. Anda boleh gunakan Adobe Flash atau Adobe After Effects untuk animation kumpulan.
COM566 – COMMUNICATION RESEARCH AND METHODS
Selamat bertemu kembali dengan Comm Research (plus Methods). Sama seperti yang dipelajari di Semester 5 Diploma. Cuma kita belajar membuat research yang lebih terurus, menggunakan Qualitative berbanding Quantitative.
CTU553 – ETHNIC RELATIONS
Kebanyakkan berkisar tentang sejarah Malaysia seperti Rukun Negara, Peristiwa 13 Mei dan sebagainya. Bagus untuk meningkatkan jati diri pelajar.
JRN412 – ONLINE JOURNALISM (ELEKTIF)
Belajar buat blog? Ya, inilah subjeknya. Anda akan belajar cara menulis blog yang beretika di sini. Setiap pelajar akan diwajibkan membina satu blog dan setiap minggu perlu menulis satu entri. Ada markah untuk setiap posting dan hiasan. Tiada final. Alternatif, anda boleh pilih Radio & TV Presentation. Saya dimaklumkan anda perlu menjadi pengacara TV untuk rancangan anda sendiri. Pilihlah, menulis atau mengacara.
LIB501 – MANAGEMENT
Mengajar kita untuk menguruskan sebuah pasukan atau syarikat. Projek akhir ialah menyiapkan satu case study syarikat atau membuat kajian tentang sesebuah syarikat (yang wujud atau rekaan). Ramai antara kami menggunakan kemahiran Entrepreneur di semester 4 untuk subjek ini. ;)
Sekian. TF dan F merujuk kepada Tiada Final dan Final ialah ada Final. Jadi, anda hanya menduduki 3 paper sahaja!
Other articles you might like;
ooo…baru tau makne DJ. x bijak betul aku ni!
bestnye course ni ade Animation. biase buat lawak ckp Jerman, aaa…ni mmg belajar betul. Bagus!
# seksa aku belajar French tapi seronok belajar bahasa asing:)
Entri terkini tips-kurus: Tips Memasak & Memakan Mi Segera-Megi