Insiden perlawanan Malaysia dan Indonesia pada perlawanan Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010 dihentikan selama lima minit pada minit ke-55 menjadi isu panas pada perlawanan tersebut selepas kerap dikomplen penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina. Kejadian tersebut memaksa kelibat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah turun padang untuk memperbetulkan keadaan.
Pendedahan video yang dimuat naik oleh peminat tempatan (disunting daripada video rasmi AFF melalui laman web mereka) sedikit sebanyak telah membuka pekung pasukan Indonesia yang bermain taktik ini semasa kekalahan Malaysia kepada Indonesia pada perlawanan peringkat kumpulan.
Jika benar faktor kekalahan Indonesia adalah kerana laser hijau, mereka perlu tanya kepada diri sendiri apa penyokong mereka buat di Stadium Gelora Bung Karno yang lepas. Bukan nak tuduh pasukan mana yang main laser, tapi realitinya geng laser ini ada di mana-mana sahaja.
Sekadar hiburan untuk meraikan kemenangan sebelum sepakmula Final Kedua Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Glora Bung Karno pada Rabu ini ;)
Leave a Reply