≡ Menu

Senarai Pemain Liga Super Perlis 2011

PERSATUAN Bola Sepak Perlis (PFA) mengambil pendekatan berani apabila menyenaraikan hampir 100 peratus tenaga baru dan muda bagi menggalas cabaran kempen Liga Malaysia (Liga-M) 2011.

Demikian pendapat Presiden PFA, Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai pendekatan skuad Singa Utara bagi kempen 2011 yang menggabungkan pemain muda dan berpengalaman serta jurulatih baru, Mosthakeen Omar.

“Perlis atau Singa Utara adalah jenama yang cukup hebat dalam Liga Malaysia kerana pernah menjuarai piala berprestij, Piala Malaysia dua kali selain beberapa kali muncul naib juara Piala FA dan melahirkan ramai pemain berbakat. “Justeru langkah menyenaraikan hampir keseluruhannya barisan baru dan muda ini termasuk pemain Bawah 21 Tahun boleh disifatkan sebagai satu eksperimen berani dan berdasarkan beberapa kriteria pemilihan serta kelebihan dimiliki, kita yakin skuad ini bukan saja mampu mempamerkan prestasi cemerlang malah tidak mustahil menjulang Piala Malaysia 2011,” katanya.

Shahidan berkata, sekalipun tiada pemain bertaraf bintang seperti pencabar lain, Perlis memiliki kepantasan, semangat juang tinggi serta skil tetapi sejauh mana ia berkesan memberikan kemenangan, keupayaan sebenar akan dapat dinilai pada tiga perlawanan awal Liga Super.

Musim ini Perlis diperkuatkan beberapa bekas pemain musim lalu, diketuai tonggak pertahanan dan kapten Azmizi Azmi, Wan Khairul Faiz Wan Kamaruddin, Phul Sakh Lum, Mohd Faiz Subri (penyerang) dan dua penjaga gol, Mohd Amirul Rosli dan Hairol Fazreen Abu Hassan.

Singa Utara turut mendapat suntikan bekas tonggak Liga Super Kedah, Samransak Kram, Mohd Fadly Baharum, Mohd Farizal Rozali, Mohd Sany Mat Isa, Muhamad Munawwar Shavukath Ali, Mohd Hisyam Mohd Sofi, Muhamad Alif Aswat Baharin dan Hizbullah Awang manakala pemain lain termasuklah bekas penyerang PKNS, Syed Mohd Abd Ghafar Syed Amir, bekas pemain tengah Perak, Mohd Hafiszuan Salehuddin dan bekas penjaga gol Proton FC, Reza Iqrimal Redzawan.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment