Blog

  • Semakan Permohonan PTPTN 2011 Hari Ini

    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan status permohonan pinjaman pembelajaran melalui e-mail dan laman web mereka.

    Semua pemohon telah dihantar satu SMS ringkas bahawa permohonan sudah diterima dan diproses dan para pemohon perlu mencetak semua borang dan maklumat penting melalui sisipan e-mail yang telah dihantar.

  • Ayuh ber-Blackberry

    Peh! Kalau ikut perkiraan, 1/4 daripada umat manusia di Shah Alam ni dah mula menggunakan telefon pintar Blackberry. Tambah tambah lagi awal semester ni, duit PTPTN banyak sampai taktau nak buat apa jadi belilah Blackberry. Bukanla mahal sangat pun, RM1200 untuk Blackberry Bold 9700. Lepastu boleh bersosial di Internet 24/7.

    Malam ni bertambah lagi sorang ahli dalam keluarga Blackberry Shah Alam. Cuma gua saja belum tergerak hati nak cari pengganti E71 yang dah banyak berbakti ni.



    Ayuh ber-Blackberry, originally uploaded by Adam Roslan.
  • Pusat Komersial: Lagi Kes Hilang Motor

    Assalamualaikum. Belum lagi reda marah gua dengan pencuri lahabau LC kesayangan gua, hari ini gua dengar lagi dua kes kecurian di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam. Taktau apa perkataan yang sesuai nak menggambarkan penyangak lahabau ni. Bahasa kasarnya, masa kecik takmau belajar sungguh sungguh, bila dah besar nak menyusahkan orang. Lepastu suka suka curi harta benda orang.

    Kadang kadang nak salahkan puak lahabau ni pun tak boleh jugak sebab depa ni pandai jugak ambik kesempatan atas kecuaian kita. Tak dinafikan, pada malam kejadian gua sikit alpa. Akibatnya, LC kesayangan tu dah jadi milik orang. Mungkin sekarang dah jadi bangkai dalam Sungai Klang.

    Gua ucapkan takziah kepada rakan gua yang dikhabarkan kehilangan motor pada tengahari semalam. Juga takziah kepada rakan kepada rakan yang hilang pada minggu lepas. Baik jugak jadi benda-benda ni, kita akan jadi lebih berhati-hati lepas ni. Kalau tak sedar jugak taktau la.

    (more…)

  • Dik, Berita Harian Habis

    Dik, Berita Harian Habis

    Assalamualaikum. Pagi tadi saya ke Bangsar untuk temujanji di Klinik Pergigian Bangsar. Sebelum temujanji, saya sempat bersarapan di gerai bersebelahan dengan klinik tersebut. Seperti biasa, rakyat Malaysia yang prihatin akan singgah dulu ke gerai mamak yang jual surat khabar, nak belek belek berita. Jadi apa yang peliknya?

    (more…)

  • Hadiahkan Teddybear Gergasi kepada Teman!

    Hi! Sejak industri jual beli Internet di Malaysia makin berkembang, banyak produk-produk fizikal yang dipasarkan melalui Internet. Lagi menarik kalau produk berupa hadiah dan cenderahati ini tidak dijual di pasaran konvesional. Kalau ada pun, sudah pasti jual beli di Internet menjadi pilihan kerana beberapa faktor seperti tidak perlu ke kedai dan kos hadiah termasuk kos pos!

    Teddybear2u merupakan salah satu produk yang menawarkan khidmat jual beli dan menghantar terus ke alamat pilihan anda! Bagi jejaka dan gadis-gadis di luar sana, perkhidmatan ini pasti menarik minat anda. Manakan tidak, dengan RM140 anda boleh memiliki seekor patung beruang setinggi 1 meter! Melalui laman web ini, anda tidak lagi risau untuk ‘cover malu’ dan mengusung ke sana kemari selepas membeli di Mid Valley.

    (more…)

  • Ana Raffali Juara AJL 25

    Ana Raffali Juara AJL 25

    Nah, Ana Rafali dengan lagu Tolong Ingatkan Aku menjadi juara AJL ke 25. Tahniah Ana!

    (more…)