Assalamualaikum. Pagi tadi saya ke Bangsar untuk temujanji di Klinik Pergigian Bangsar. Sebelum temujanji, saya sempat bersarapan di gerai bersebelahan dengan klinik tersebut. Seperti biasa, rakyat Malaysia yang prihatin akan singgah dulu ke gerai mamak yang jual surat khabar, nak belek belek berita. Jadi apa yang peliknya?

Tak ada yang pelik, cuma saya hairan kenapa Harian Metro dan The Star disusun tinggi menggunung tetapi Berita Harian hanya tinggal satu naskah. Utusan Malaysia terus tak ada. Semua dah dibeli? Pelik, masa gambar ini diambil, jam saya masih lagi pukul 8.30 pagi, kira kira tiga jam selepas surat khabar ini mula dijual.
Jom sama-sama tengok circulation yang dikeluarkan oleh Audit Bureau of Circulation Malaysia untuk tahun 2010.

Jadual menunjukkan purata jualan sehari Harian Metro ialah 430,540 sehari, berbanding Berita Harian di tangga keempat dengan 130,561 sehari, di belakang Kosmo (170,488) dan Utusan Malaysia (157,831). Perkara ini sangat merisaukan pihak pengurusan Berita Harian nampaknya. Tiada orang membeli Berita Harian atau Berita Harian susah untuk didapati? Sebelum balik, sempat saya singgah ke BHP Bangsar untuk mengisi petrol, dan situasi yang sama berlaku di sana.

Tidak puas hati dengan situasi ini, saya singgah di sebuah kedai runcit di Seksyen 7, Shah Alam. Jawapan yang saya terima daripada pekedai ialah, “Dik, Berita Harian habis!”

Leave a Reply